Rajinnya...

Saturday 27 December 2014

#KhutbahKOP

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan – Nya dan meninggalkan segala larangan – Nya. Mudah – mudahan kita semuanya menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta terselamat di dunia dan selamat di akhirat.

Sidang Jumaat sekalian, tajuk khutbah saya pada hari ini adalah kebebasan. Sejak zaman nabi Muhammad s.a.w lagi kebebasan menjadi tuntutan oleh setiap kaum tanpa mengira status quo tatupun status bangsa mereka. Kebebasan menuntut pengorbanan tanpa mengira harta ataupun nyawa. Soalnya bersedia atau tidak sahaja. 

Sidang Jumaat sekalian,
Al-Quran juga menyuruh kita sebagai umat Islam agar menuntut kebebasan. Tetapi, bebas bukan bebas melakukan apa sahaja, bebas untuk hidup berpandukan Al-Quran dan sunnah agar hidup tidak punah dek kerana terlalu bebas.

Sidang Jumaat sekalian,
Mimbar pada hari ini juga menyeru, agar kita menentang penindasan yg menggangu kebebasan kita. Lihat sahajalah baru-baru ini, DBKL telah merobohkan Kg Chubadak yang wujudnya sudah lama. Mereka zalim kepada umat Islam di Malaysia. Mengapa tidak diberikan sahaja kepada mereka geran tanah? Jika ditanya, bermacam-macam alasan dijawab mereka.


بارك الله لى ولكم في القرءان العظيم، ونفعنى وإياكم بمافيه من الايات والذكر الحكيم، وتقبل مني ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم، أقول قولى هذا وأستغفر الله العظيم لى ولكم، ولسائر المسلمين والمسلمات، والمؤمنين والمؤمنات، فاستغفروه فيا فوز المستغفرين و يا نجاة التائبين.








Tuesday 23 December 2014

Jalan-Jalan

Tiap hari aku merayau, hujan panas tak aku hirau. Tengah sedap aku merayau, mata aku terpana dekat satu awek. Dengan seragam jururawat ditambah lagi muka yg manis ala-ala Pevita Pearce amat kena sekali dengan cita rasa aku. Berbekalkan semangat anak muda, aku cuba menyapanya.

'Asalamualaikum, 
Makan nasi dengan Aziz Satar,
Minum kopi di Kedai Abdoh,
Rusuk kiri rasanya getar,
Adakah ini dinamakan jodoh...', sapa aku.

Lalu, dia pandang aku lama seraya berkata,'rusuk kiri bergetar konon. Itu, speaker masjid dah bergetar tu. Pergi sembahyang'.

Aku terus pergi masjid seraya aku tampo muka pak Bilal. Dia cuba membalas, tapi aku lagi hebat menangkis.

'Kamu ape hei?', tanya Bilal.

'Yg bodoh pergi test mikropon pukul 10 ni ape ke hei?!'.

Cukup malang.












Monday 22 December 2014

Cinta sampai mati.

Baru tadi Celsi menang ke atas Stoke dengan dua jaringan tanpa balas. Daebak Celsi. Masih lagi segar dalam ingatan aku watak Hayati yg dilakonkan oleh Pevita Pearce yang berjanji kepada kekasihnya Zainuddin(lakonan Herjunot Ali) dia akan menunggu kepulangannya walaupun berapa lamanya Zainuddin pergi meninggalkan kampung Batipuh. Berbekalkan semangat yg dizahirkan dengan selendang pemberian Hayati, Zainuddin beransur pergi ke Padang Panjang setelah dihalau oleh Ketua Adat Batipuh, tanah tumpah nenek moyangnya.

Setelah berbulan di Padang Panjang, Hayati diberi izin ke Padang Panjang untuk menonton perlumbaan kuda oleh mamaknya. Dia berjanji kepada Zainuddin untuk bertemu dengannya setiap hari sepanjang temasya itu. Namun, janji hanya tinggal janji. Hayati dibutakan dengan kekayaan sahabatnya Khadijah. Perlahan-lahan perangainya berubah bagaikan belakang parang, makin diasah, makin tajam. Terkejut Zainuddin dengan perubahan mengejut Hayati. Hayati yang dikenalinya dahulu merupakan seorang perempuan Minang yang penuh dengan sopan santun. Terguris hati Zainuddin.

*  *  *

Beberapa waktu kemudian, Zainuddin menghantar sepucuk surat kepada Ketua Adat Kg.Batipuh. Tujuan surat itu ditulis adalah untuk meminang Hayati. Tetapi sayang, Hayati lantas menerima pinangan abang kepada Khadijah, Aziz. Perkahwinan ini amat disetujui oleh Ketua Adat Batipuh karena Aziz ini berdarah Minang, kaya, dan berpengaruh. 

*  *  * 

Dua bulan lamanya Zainuddin makan hati berulamkan jantung. Sengsaranya menanggung kekecewaan cinta selepas menerima surat dari Hayati yg mengatakan perkahwinan ini bukan paksaan tetapi atas pilihannya sendiri. Dengan kata-kata semangat Abang Muluk, Zainuddin kembali bangkit. Melupakan segala pahit getir kisah percintaannya dan memilih untuk meneruskan hidup. Bersama Abg Muluk, dia berangkat ke Surabaya. Di sana, Zainuddin berkerja sebagai penulis untuk syarikat akhbar. Semakin hari semakin ramai peminat akan tulisannya yang bertajuk 'Terusir'. Dari tulisan akhbar ke novel lalu ke pentas teater majunya tulisan hikayat Zainuddin...

•       •       •

Ahhhhh! Hebat sungguh hikayat tulisan Hamka. Kalau diikutkan jalan cerita, kisah ini klise. Cinta tiga segi. Tapi gaya bahasa, adat minangkabau, peradaban Belanda jelas dan jitu dalam hikayat ini. Aku cuba pakai kasut Zainuddin. Tetapi aku rasa macam tak mampu nak jalan jauh. Aku harap aku tak lalui apa yang Zainuddin lalui. Dan kalau nak sambungan, boleh baca novel atau tonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Cukuup Malang.


   Rajah 89: Abg Muluk dan Zainuddin.







Friday 12 December 2014

#KhutbahKop

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan – Nya dan meninggalkan segala larangan – Nya. Mudah – mudahan kita semuanya menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta terselamat di dunia dan selamat di akhirat.

Sidang Jumaat sekalian,
Khutbah yang akan disampaikan oleh mimbar pada Jumaat ini bertajuk 'Di mana silapnya kita sebagai umat Islam?'.
Sejak wafatnya Nabi Muhammad s.a.w, telah banyak kebobrokan muncul dalam dunia Islam. Semakin jauh Nabi s.a.w meninggalkan kita, semakin meruncing masalah dalam Islam. Sedangkan dahulu umat Islam merupakan Khudwatun Hasanah. Satu contoh yang baik kepada umat-umat dan penganut agama lain.

Sidang Jumaat sekalian,
Sekarang ini kita dapat lihat, kerosakan dalam Islam semakin parah. Dan apabila kita sedar akan keparahan kerosakan ini, kita tuding jari kepada agama lain. Apakah agama lain yg merosakkan Islam atau umat Islam sendiri yang merosakkan Islam? Allah berfirman dalam Al-Quran bahawasanya tidak akan berubah nasib sesuatu umat itu jika mereka tidak berbuat sesuatu untuk mengubah nasib mereka.

Sidang Jumaat yg dirahmati sekalian,
Dalam melahirkan generasi Islam Khudwatun Hasanah haruslah bermula dari Institusi keluarga. Ibu bapa harus didik anak mereka dengan jalan yg betul dan lurus. Didiklah anak-anak dengan ilmu agama. Jauhilah mereka daripada perkara-perkara lagha. Kita lihat di kaca televisyen pada hari ini. Masih banyak lagi program-program realiti yg dianjur utk kanak-kanak. Jgn kita salahkan pihak penganjur. Tapi salahkan ibu bapa yg bodoh membawa anak bertanding dlm program tersebut.

Mimbar juga berpesan  kepada sidang Jumaat sekalian agar tidak membuang masa dengan merempit, menghisap gam, dan lain-lain. Kalau masih ada anak-anak muda yg bodoh sebegini, macam mana kita nak jadi umat yang Khudwatun Hasanah?

بارك الله لى ولكم في القرءان العظيم، ونفعنى وإياكم بمافيه من الايات والذكر الحكيم، وتقبل مني ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم، أقول قولى هذا وأستغفر الله العظيم لى ولكم، ولسائر المسلمين والمسلمات، والمؤمنين والمؤمنات، فاستغفروه فيا فوز المستغفرين و يا نجاة التائبين.








Thursday 11 December 2014

العادلة

Adil. Sejak aku habis sekolah, aku tak pernah rasa hidup ini adil. Yang adil hanya Allah. Dia maha adil. Dan dia adil dengan cara dia sendiri. Kalau kau kata hidup ini adil. Bagi aku contoh, dan aku akan menerima idea kau. Sebab aku cuba jadi adil, bukan maha adil. 

Aku tak pernah sesekali judge orang yang dapat lebih dari aku. Contoh member serumah aku. Baru petang tadi dia keluar kereta Mercedes dia. Aku rilek. Tak sikit pun aku bising. Nak cakap bapak dia rasuah ke? Apa ke? Tapi kenapa orang yg dapat kurang dari aku nak judge aku? Ape ke pantatnya?!

Ada masa aku rasa nak cakap lepas. Nak saja aku cakap yg bapak dia bodoh. Sebabkan perjuangan kepartian, nafkah anak bini entah ke mana. Tapi aku masih ada rasional tak nak cakap macam itu. Hidup memang tak adil. Tapi Allah mengatur kehidupan kita dengan adil. Apa kau ada tak semestinya aku ada. Dan apa aku ada tak semestinya kau ada. Kita adil sebab apa? Sebab ada Allah. 

Kenapa Sunnah persoal Syiah? Kutuk Syiah?(Aku bukan org Syiah). Kenanpa? Tak boleh ke berpegang dengan ayat 'La kum dinukum waliyadin'. Kes nama Allah pun nak kecoh. Pasal apa tak petik kes penggunaan nama Abah? Kau tak boleh panggil bapak kau Abah. Sebab apa? Sebab aku panggil bapak aku Abah. Nanti aku keliru. Aku akan ingat bapak kau ialah bapak aku. Sebab panggilan sama. Shit sungguh. Jadi? Dekat mana keadilan? Aku tak tahu. Cukup Malang.

              Gambar sekadar hiasan.







Sunday 7 December 2014

Tahun yang panjang.

Tahun 2014 sudah hampir ke penghujungnya. Dan bermacam-macam benda gampang yang singgah dalam hidup aku juga masyarakat lain yang menetap di Planet bertuah iaitu Bumi. Jadi, aku nak recap balik benda-benda yg aku sendiri lalui dalam tahun 2014 ini.
Untuk menyedapkan lagi tulisan marginal aku yg bakal dibakulsampahkan, aku menggelarkan tahun 2014 sebagai 'Tahun Yang Panjang'.

Januari 2014
Dalam bulan ini, benda yang paling aku ingat sekali adalah penukaran gajet aku dari Iphone 4s kepada Iphone 5s. Ini merupakan satu anjakan paradigma pada aku sebab aku telah menemui sifat tidak pernah rasa cukup dalam diri aku. Dan sampai hari ini aku tak pernah menyesal atas dasar aku perlukan Iphone 5s dan bukannya aku saja-saja beli. Dan utk pengetahuan, aku beli pakai duit PT.
Dan satu lagi sifat baru yg aku temui, seleweng duit.

Februari 2014
Pada bulan ini aku sedang melalui peperiksaan akhir semester. Masa aku tengah sibuk mengulangkaji, mengulang ayat-ayat dan hadis-hadis. Target aku pun tak besar untuk semester ini. Kalau ada rezeki adalah. Jadi, ini saja yang aku ingat untuk bulan ini.

March 2014
Pada tanggal 8 March, seluruh dunia digemparkan dengan kehilangan MH370.
Aku pun terkejut. Semua orang terkejut.
Pada bulan ini juga, kita dapat melihat pakar-pakar aviation yg baru dan lama berganding bahu dalam ruang komentar di laman sosial Facebook dalam mencari pesawat MH370. Bermacam-macam khabar angin yang berlegar di laman-laman sosial, di dada akhbar dan kaca tv.
Pada bulan ini juga berlangsungnya game Hoki Piala Soltan Azlan Shah di Ipoh. Pasukan Malaysia layak ke perlawanan akhir berentap dengan Australia. Tapi sayang, Malaysia kalah 
8-3. Bulan ini juga berlangsungnya PRK Dun Kajang. Kecoooh deme, mula-mula DSAI nak bertanding, BN pula petik balik kes palam ponggong. Lebuh DSAI.

April 2014
Pesawat MH370 masih belum dijumpai. Dan pada bulan ini juga bermulanya cuti semester aku yang panjang. Enam bulan lamanya. Start pada ini, aku rileks dan enjoi the show.

Mei 2014
Pesawat MH370 masih belum dijumpai. Awal bulan ini, aku gerak ke Teluk Intan untuk berjumpa dengan sahabat lama dan sahabat handai yang lain. Dan aku masih bercuti dan masih melepak main Iphone 5s.

Jun 2014
Pesawat MH370 masih lagi belum dijumpai. Pada bulan ini, seluruh marga-marga di dunia ini tertumpu kepada Piala Dunia yang berlangsung di Brazil. Semua orang eksaited. Masing-masing dengan prediction masing-masing. Semua orang Malaysia memilih utk menyokong negara orang tanpa menghiraukan perasaan Spiq Rahim dan Safee yg menunggang. Secara rasminya tertubuh blog ini pada bulan Jun. Pawer betoi! Dan bulan ini juga bermulanya semester khas aku. Saja aku ambil. Masa itu emas. Bulan ini juga bermulanya bulan Romadhon. 'Kutiba alikumussiyam kamaa kutiba 'alallazina min qabblikum'. 

Julai 2014
Luka MH370 masih lagi berplaster, ditoreh pula kita dengan luka yang baru. Peswat MH17 yang berlepas dari Amsterdam dipercayai telah ditembak jatuh di Ukraine. Salah siapa? Aku pun tak tahu. Dan takziah kepada keluarga mangsa. Pada bulan ini juga, pasukan Jerman telah melakar sejarah dengan memenangi welkap yg ke-4. Tahniah Jerman. Dan hari raya tahun ini disambut hambar oleh seluruh rakyat Malaysia. Masa ini Malaysians masih ingat lagi tragedi dua pesawat itu. Kalau tak silap aku, bulan ini juga viralnya video Kiki CDM25. Perempuan susah nak jumpa yg rasional. Semua emosional.

Ogos 2014
MH379 masih tak jumpa-jumpa. Bulan kemerdekaan. Kemerdekaan tahun ini yang bertemakan 'Di sini lahirnya sebuah cinta'. Sehubungan dengan tema ini, maka ramai member-member aku yg pakai celcom caller ringtonenya lagu 'Di sini lahirnya sebuah cinta'. Sambutan Merdeka ala kadar saja(Ala kadar pun berjuta juga habis). Ala kadarlah demi menghormati keluarga mangsa MH370 dgn MH17. Di Selangor, Khalid Ibrahim letak jawatan. Krisis Selangor selesai. Azmin Ali calon MB.

September 2014
MH370 masih belom dijumpai. Bermulalah semester baru aku. Masa bulan ini, negeri Selangor paling kecoh. Tiba-tiba orang UMNO sokong Khalid Ibrahim. Boleh-boleh pula. Manakala Azmin Ali, dia naik jadi MB Selangor. 

Oktober 2014
Manalah perginya MH370. Masa bulan ini, pencarian MH370 diberhentikan. Najib balik rumah makan nasi. Lepas itu, heboh pula orang-orang cina nak anjur Oktoberfest. Yang pelik, orang Melayu pula lebih-lebih. Yang minum Melayu ke Cina dengan India? Tak setel Oktoberfest, berbunyi pula kes I Want To Touch A dog. Sibuk pula Ustazah dgn Ustaz google keluar fatwa dekat Facebook. Yg ini kata boleh, yg ini kata harang. Hok mano satu betoi ambe pong dop tahuu. 

November 2014
Selamat hari jadi kepada aku. Pawer bulan ini. Nak tahu sebab apa pawer? Satu aku lahir bulan ini. Dua, bulan ini Malaysia tengah kecoh dengan LGBT. Sebut saja LGBT dalam kepala nampak muka DSAI. Sapa punya kepala? Org UMNO punyalah. Kahkahkah! Dan tiga, bulan ini bermulanya Perhimpunan Agong UMNO. Habis semua chanel TV cerita pasal UMNO saja. Adik aku siap boleh hafal lagu UMNO lagi. Betapa pawernya UMNO. 

December 2014
Bulan ni adalah bulan peperiksaan akhir semester. Aku tak adalah sibuk sangat. Semua macam biasa. Tapi kadang-kadang aku sibuk memikirkan nak jadi apa tahun depan. Aku fikir-fikir sampai tertidur. Dah lama tidur, aku terjaga. Aku dikejutkan oleh Santa Claus. Lalu aku tanya dia, 'mung buat gapo male-male ni?'
'Tak dop gapo. Ni ambe nak tanye se soklang ke mung ni, boleh dop?', tanya Santa Claus.

'Gapo dio soklangnye?', aku tanye balik.

'Apekoh hukung menerime hadioh dari santang claus?', tanya dia laju.

'Ouhhhh soklang cari baloh belakee. Die gini, harang hukung nye sebak ambe org Islang, Santang Claus bukangggggg, deh.'

'Ouhhhh gitungg. Dok gape le ambe kelik dulu deh.'

'Looorh bakpe kelik? Hadioh pade ambe takdop ke?'

'Mu oghang Islang. Mano buleh. Ouhhh berat nanang. Dok rok cetong sunggoh!

Santa Claus berlalu pergi. Sambil berlalu dengan kereta luncur dia itu, sempat dia ucapkan selamat tahun baru dekat aku. Hadioh pom dok dapat.


Cukop Malang bohhh. Lalu aku terjaga. Mimpi rupanyaaa.

Cukup malang.

   Illustrasi 1: Hang Tuah kontemporari.









Wednesday 19 November 2014

Tanpa Tajuk.

Lepas solat Isyak berjemaah, aku dengan beberapa ahli jemaah tabligh Nothern Region bercadang nak pergi menom-menom dekat kedai Haji Ali. Dalam perjalanan, kami ternampak dua ekor kutu tengah bergaduh pasal makwe. Aku dengan ahli jemaah lain perhati je deme sambil memikirkan kenapa deme bergaduh sambil menjerit-jerit, sedangkan muka bertemu muka. Sembang pelan-pelan pun dengar. Lalu seorang daripada ahli jemaah tabligh bertanya kepada aku, 'wahai Aiman Marbawi, kenapa mereka bergaduh sambil menjerit-jerit?'. Dalam keadaan tenang dengan kebijaksanaan dan kesaksamaan, aku mengajak mereka duduk di bawah lampu jalan. Aku suruh deme buat halaqah. Duduk dalam bulatan. Sambil berselawat mereka patuh akan arahan aku.
Aku mulakan hujah aku dengan pertanyaan, 'Agak-agak entum semua, mengapa mereka bergaduh sambil menjerit macam setan di situ?' 
'Mungkin mereka hilang pertimbangan dan tidak dapat berfikir dengan rasional, akhi.' Jawab salah seorang.
Dengan tenang aku menggelengkan kepala aku. Dan semua ahli jemaah berpandangan sesama mereka sendiri sambil berbisik-bisik. Aku tahu mereka berkehendakkan jawapan. 
Tanpa mengendahkan bisikan mereka, aku bersuara. 'Apabila dua orang itu marah dan bergaduh, maka hati mereka akan jauh. Disebabkan hati sudah jauh, maka mereka akan menjerit-jerit memarahai satu sama lain. Semakin mereka marah, semakin jauh hati mereka dan semakin kuat jeritan mereka'.
'Cuba kita lihat orang yang sedang bercinta, mereka tidak akn terjerit-jerit ketika bersembang. Sebaliknya, mereka akan bercakap secara lembut-lembut. Kerana apa? Kerana hati mereka sudah dekat. Dan apabila mereka mencintai pasangan mereka dengan lebih lagi, apa berlaku?'
'Jimak,' jawab salah seorang daripada mereka. Dengan tenang aku tapak ubun-ubun dia.
'Salah! Apabila cinta sudah kuat, tanpa berbisik, mereka sudah tahu apa perasaan kekasih mereka' jelas aku.

Mereka memandang aku kagum. Perlahan-lahan bergenang air mata mereka. Serentak mulut mereka berkata 'Masya Allah'. Lalu, aku bangun dan berlari menghilangkan diri dalam kepekatan malam. Nak berak!
Cukup malang.

Ilustrasi 1 : Sekadar gambar hiasan.

Monday 3 November 2014

hipoTESIS TESIS antiTESIS

Dari pagi sampai ke petang lepak bersama Martin Lutong King dengan Kirk Himmet. Macam-macam idea yang mereka utarakan dekat aku. Antaranya nak buat jambatan dari Lumut ke Banda Aceh. Senang sikit nak pergi makan Bakso Solo dekat sana. Aku pandang berat dengan idea itu kerana nak jadi pawer berfikir pun kena pawer. Tok wan aku tak pernah fikir pun nak buat KLCC dulu. Sekarang dah ada. Aku tak akan terkejut satu hari nanti Lutong King akan jadi seorang yang berjaya dan melupakan tuhan. Kahkahkah!

Usai sesi lepak melepak sampai lepik, aku pecut laju Sagantador aku. Merah lampu isyarat tidak aku endah. Sebab aku sedar, ada kerja celaka yang sedang menunggu di rumah. Lepak-lepak juga, hal belajar aku tak ambil ringan. Iya, memang belajar ini jihad. Sebab apa jihad? Sebab yang akan korang dapat nanti hanyalah sekeping sijil dan ilmu di dada yang bakal korang gunakan untuk menindas golongan-golongan marginal. Tak lupa juga hutang PUKIPUKIAng dan masa 3-4 tahun yang terbuang. Itu saja dan tidak apa yang menguntungkan untuk kau di dunia ini. Sebab itu belajar ini jihad. Fresh graduate ijazah gaji 1800 ke 2200 apa barang bro. Macam mana nak beli hali devidson.
Kena ingat itu.

Sekarang ini aku dah hujung-hujung zaman belajar. Untuk mendapatkan segulung diploma untuk aku tunjuk-tunjuk dekat jiran aku nanti, aku perlu membuat satu kajian tentang permasalahan dan penyelesaian nafkah. Perlahan-lahan aku fikir apa yang aku nak buat. Apa latarbelakang kajian aku? Apa objektif kajian aku? Apa persoalan kajian aku? Apa skop kajian aku? Tapi apa yang terlintas dalam fikiran aku adalah apa yang akan aku buat bila tesis dah siap. Dan satuu je jawapan yang terlintas. Aku nak bakar tesis aku. Aku nak bakaaaarrr!

Cukup Malang.

Thursday 30 October 2014

CMHO

Salam semua kawan-kawan yg aku tahu dan yg aku kenal dan yg aku tak tahu dan yg aku tak kenal(aku kawan dgn semua orang). Hari ini, jadual aku padat dengan program-program kemanusiaan anjuran Cukup Malang Health Organization yang bertempat di kediaman rasmi aku. Tujuan aku mengadakan program ini sebenarnya adalah untuk menyedarkan masyarakat bumiputera tentang virus Ebola yang semakin hangat disebut-sebut di kaca televisyen dan di dada akhbar. Dan aku bersyukur kerana ramai yang mengambil tempat dalam program ini.

Pada masa yang sama, datang seorang wartawan dari United Kingdom mewakili media akhbar Guardian meminta pandangan aku tentang Anwar Ibrahim sodomy trials and reaction from Universiti Malaya. Aku termenung panjang dengan soalan ini. Aku hirup kopi Janda perlahan untuk aku memikirkan jawapan. Setelah bersedia, cawan aku letak ke atas meja lalu aku berkata, saya neutral dalam perkara yang samar seperti kes ini demi menjaga diri dan nama baik keluarga saya di dunia dan di akhirat. Saya tak boleh sokong dan tentang mana-mana pihak dan saya tidak mahu ambil risiko. Itu satu. Dan tentang reaksi pelajar di Universiti Malaya tempoh hari, saya rasa itu hak mereka. Dan rantai pagar tak akan putus kalau pihak UM memberi kerjasama. Ini semua hak kebebasan bersuara. Dan pelajar sepatutnya sudah bersedia dengan cutter untuk potong rantai pagar, barulah tak nampak celaka sangat.

Wartawan itu mengangguk sambil jurugambarnya mengambil beberapa gambar aku. Dan aku menambah lagi dengan nasihat kepada pelajar UM agar meneruskan perjuangan kepartian mereka dan ideologi mereka, jangan bila dah habis belajar segala perjuangan mereka padam setakat itu sahaja. Dan lagi satu, bila membabitkan pagar yang berantai, jangan lupa bawa cutter. Itu sahaja.

Waratawan bermata biru itu mengucapkan terima kasih dan berlalu, perlahan-lahan dia hilang daripada pandangan aku menyelusuri peserta-peserta yang hadir. Tangan aku menyeluk poket mencari rokok, rupanya aku tak beli lagi. Cukup malang.
     Rajah 1.1. Tokoh emansipasi di       kediamannya di Ipoh

Saturday 11 October 2014

Ketandusan Ide.

Kita lihat darsawarsa ini, negara kita macam tak ada sesuatu benda atau ide yang baru yang tercipta daripada buah akal rakyat Malaysia. Tapi, pernah atau tidak kita bertanya kepada diri kita sendiri, mengapa? Dahulu zaman selepas Merdeka, negara kita mempunyai ramai ahli-ahli intelektual, rausyanfikir, dan inteligensia. Mereka ini memainkan peranan dalam menelaah masalah masyarakat serta mencadangkan ide-ide untuk penambahbaikkan. Tetapi, sejak kebelkangan ini, mereka seolah-olah dikembirikan ataupun mengenbirikan diri mereka sendiri. Dan persoalannya mengapa?

Pada pendapat aku, banyak intelektual negara kita yang telah dibeli oleh kekuasaan. Jangan ambil pandangan aku ini bulat-bulat. Nak tahu lebih, baca buku. Aku buat teori ini berdasarkan kisah Ahmad Ibn Hambal yang tanpa berbasa-basi mengkritik pemerintahnya. Dia menegakkan kebenaran dan melawan penindasan. Namun, kritikan yang dilontarkan olehnya pahit didengar oleh pemerintah tersebut. Namun, Ahmad Ibn Hambal tidak melarikan diri daripada tanggungjawabnya. Lantas, dia dipenjarakan oleh pemerintah yang zalim itu dan kini menjadi catitan penting dalam sejarah. 

Oleh kerana banyak intelektual kini ditawan oleh kuasa politik maka, masyarakat Malaysia seolah-olah ketandusan idea dan tidak ada rasa hargai pada ilmu. Dan kebanyakan universiti yang sepatutnya menjadi tempat anak-anak watan mengembeleng tenaga untuk menemukan idea baru hanya menjadi sebuah kilang untuk melahirkan graduan yang boleh memenuhi keperluan pembangunan lahiriah sesebuah negara. 

Sementara itu, pihak yang memerintah juga mengambil tindakan yang keras dan zalim menyebabkan masyarakat lemah pemikiran dan ketandusan idea baharu, tiada ruang untuk kritik, dan boleh menjurus kepada keruntuhan tamadun dan kaumnya. Suasana seperti ini tidak upaya untuk membangunkan sebuah tamadun yang utuh. Dan para pemerintah kena ingat, hempedu itu ubat. Dan tidak semua benda manis, baik untuk kesihatan.

Cukup malang.













Aplikasi apass

Zaman sekarang ni semua dah serba moden. Aku moden, kau moden, dia moden, kita moden. Dan tak boleh kalau sehari kita hidup tanpa satu teknologi. Oleh kerana terlalu banyak teknologi yang dicipta oleh manusia, kita semakin alpa dan ingka. Kadang kala, kita seolah-olah tidak menggunakan teknologi itu dengan sebetulnya. Bila teknologi tidak digunakan secara berhemah, maka kita akan dapat impak yang negatif. Itu satu.

Banyak antara kita yang menggunakan teknologi sebagai satu medium untuk kita berdakwah. Dan sebagai seorang yang menganuti agama Islam, adalah wajib ke atas kita untuk berdakwah sesama kita dan juga kepada golongan bukan Islam. Tapi, bila kita berdakwah kita kena ingat dan tahu batas-batas dakwah. Kita berdakwah sebenarnya nak mengajak orang supaya menjadi seorang Islam yang berkualiti dan bukan sekadar mencari kuantiti semata-mata. Kadang-kadang terzahir juga sifat riak dan sombong di kalangan pendakwah itu sendiri. Dan kepada para daie sekalian, semoga kita lebih berhati-hati dalam berdakwah. Aku salute kerja amal antum semua.

Zaman sekarang ini, banyak anak-anak muda yang mempunyai pemikiran-pemikiran baharu yang drastik dan luar kotak. Ada antara mereka yang mempersoalkan kepimpinan Najib. Ada yang kritik secara terbuka kepimpinan beliau. Oleh kerana tiada akta Internet dan akta yang boleh menghalang kebebasan suara, mereka mengambil alternatif dengan menggunakan akta hasutan untuk menangkap orang-orang yang mengkritik hebat kerajaan Barisan Nasional. Dan pada saya ini satu kezoliman.

Oktoberfest muncul lagi. Dan yang peliknya kenapa tiba-tiba orang politik nak berbunyi sedangkan Oktoberfest tiap-tiap tahun diadakan sejak tahun 1810 lagi. Kalau mengikutkan sejarah, pesta Oktoberfest merupakan pesta tahunan yang diadakan di Bravia, German. Jadi, kita hidup di Malaysia, sebuah negara yang berbilang kaum. Golongan muslim ada dan golongan bukan muslim pun ada. Apa masalahnya kalau pesta ini diadakan di Malaysia hanya untuk golongan bukan muslim. Takut bencana Allah? Kilang Carlsberg dekat Shah Alam itu bila nak dirobohkan?

Penggunaan Whatsapp. Dulu aku suka aplikasi ini. Mudah untuk aku berhubung dengan kawan-kawan. Aplikasi ini juga menyediakan perkhidmatan percuma(buat masa ini). Tapi, aku tak puas hati dengan satu benda. Program whatsapp berkumpulan. Aku rasa macam tak ada sebab buat kumpulan whatsapp hanya sekadar nak share maklumat JPJ, sekatan jalanraya PDRM, gambar-gambar bodoh. Sepatutnya kita gunakan kumpulan whatsapp untuk bertanya khabar dengan kawan-kawan yang jauh. Apa salahnya kalau kawan-kawan yang belajar di luar negara berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan dalam kumpulan whatsapp. Takkan nak tunggu balik Malaysia baru nak cerita. Dan bila berlaku selisih pendapat antara ahli, maka semua ahli lain senyap. Kenapa mesti macam itu? Dan akhirnya aku left. Kahkahkah!

Cukup malang.






Wednesday 8 October 2014

Super bergaya.

Ni aku, corp. Cik Tong mungkin sedang menganjing rakan-rakan dia di twitter. Itu memang kerjaya dia sepenuh masa dan aku tak dapat menghalangnya. Kome rilek sekejap, aku nak bakar rokok dulu. Ada rokok baru mencanak sikit akal aku nak menulis, idea pun bernas sikit. Yang kata rokok haram itu, teruskan perjuangan sebab aku pun tak lama lagi nak berhenti dah. Doa-doakanlah. Dan malam masih muda, esok kelas pun petang. Jadi, tiada masalah untuk aku tidur selepas subuh.

Baik, aku sekarang ni dalam pra dewasa. Dan bila kau nak masuk ke alam dewasa, aku telah merancana beberapa idea untuk aku gunakan bila aku nak menghadapi alam dewasa nanti. Dan nasib baik aku sedar benda ni seawal sekarang. Bagi aku, bila kau nak melunaskan satu idea, aku akan create soalan untuk aku jawab. Antara soalan yang aku create untuk aku adalah:

1. Corp, lu nak buat apa lepas habis belajar?
2. Lu nak kahwin umur berapa?
3. Lu nak kerja apa?

Dan soalan terakhir ini yang paling penting pada aku buat masa ini. Soalannya berbunyi 'Lu nak makan gaji ke? Nak buat bisnes?' Apa jawapan aku? Takkan aku nak bagitahu. Karang apah tak jadi. Kome dahla orang Melayu, orang Melayu bukan boleh tengok orang lebih sikit. Fakof la luu.

Dua-dua benda ini mempunyai pro dan kontradik masing-masing. Biar saya cerita par satu. Kalau makan gaji, dia senang sikitlah. Tiap-tiap bulan dapat gaji dan lepas tiga tahun kerja kome boleh buat loan bank. Nak bayar pun senang, potong jela gaji. Pencen ade. Nak naik gaji kene naik pangkat. Dah naik pangkat semua boleh naik. Nak naikkan harga minyak pun boleh, Tak ada masalah.  Tapi itulah, bila makan gaji hang secara automatik jadi kuli. Bukanlah sampai tahap hamba abdi, tapi kulilah. Masuk kena on time, Kena punch card - keluar pagi - hadap jem - balik malam - hadap jem - sampai rumah, hadap anak pulak - nak hadap bini pun tak larat, dedor je. Lepas itu ulanglah sampai pencen. Itupun kalau dan la pencen.

Jadi, pilihan aku, aku nak kerja dengan kerajaan jelah. Aku nak balas jasa baik kerajaan yang telah memerdekakan kita selama setengah abad ni. Terima kasih kerajaan. Tanpa kome, siapalah kami. Nak naikkan minyak ke, gula ke, garam ke, tak apa. Kami rakyat senantiasa dibelakangmu. Kalau kami tak ada duit nak makan, jangan risau, masih banyak daun-daun dengan rumput. Kami boleh rebus cicah ayaq asam.

Cukup Malang.















Wednesday 1 October 2014

Jiwa Rencam.

Sebelum aku berangkat ke kelas, tak salah rasanya aku menambah satu lagi entri sakai pada blog yang akan aku institusikan satu hari nanti. Aku tahu, angan-angan aku ini seperti impossible untuk aku mencapainya. Tapi aku yakin, cita-cita jalanan aku akan menjadi panduan bagi budak-budak jalanan untuk mencapai cita-cita jalanan mereka pula. Tambahan pula, perangai aku yang sejak kebelakangan ini semakin memudarkan cita-cita aku ini. Membaca memang jarang, solat lambat, dan macam-macam lagi kerja bodoh yang aku buat. Yang ada pada kau cuma keyakinan yang melangit.

Dulu, berbulan lepas, buku memang tak lekang dengan tanganku. Macam-macam buku aku baca, termasuklah buku Ustaz Kazim. Buku ni walaupun aksaranya diam, senyap, mati. Namun, dia hidup apabila dihidupkan oleh manusia yang hidup akalnya untuk memahami makna di sebalik aksaranya.
Dan kini, buku aku mati kesemuanya, kerana aku. Aku yang tidak menghidupkan mereka. Dan aku, mati tanpa penghidupan mereka.

Aku cuba menghidupkan kembali buku-buku lama. Pepatah kata tutup buku lama, buka buku baru. Aku nak bukak buku baru macam mana kalau minyak pun tiba-tiba naik. Kalau minyak dah naik, barang semua dah mahal, aku harap macai BN janganlah jadi anjing. Melawanlah sikit. Menyokong tu janganlah sampai taksub sangat. Iya memang aku sokong PR. Tapi, kalau Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Hadi buat taik, aku maki deme. Aku maki semahu-mahunya. Dah melalut kemana aku ni. Gampang!

Kutarik nafas beberapa hela. 'mana rokok?'  aku bermonolog. Habis semua tempat aku cari, tapi sayang tidak kutemui. Aku mencarut panjang. Tiba-tiba datang, sahabat yang aku sayang. Lalu aku pinta 'meh rokok sebatanggggg'. Lalu dia membalas, 'butuh pak hang!'. Aku tersengih sambil berkata, 'cukup malanggg'.











Naik.

Member aku bagitahu, 'minyak naik lagi, man'. Aku menung sejenak sebelum aku membalas sapaannya yang macam puki itu. Aku pun tak tahulah apa sebabnya kerajaan menaikkan harga minyak. Deme ni tak cukup puas lagi ke dengan kekayaan deme. Aku balas teguran Sabil dengan satu perkataan, Babi.

Dulu masa pilihan raya, berjanjinya macam pukimak semuanya. Muka suci bila berjanji. Tapi, bila dah dapat kuasa makin menjadi-jadi gampangnya perangai. Aku ni rakyat bawahan yang makan minum pun masih ditanggung oleh mak bapak aku lagi. Aku yang belum ada tanggungan pun aku rasa tertekan dengan tekanan kerajaan yang menggigit ini.

Bila minyak naik, semua benda pun akan naik. Tu yang lancau tu. Mee sedap pun naik harga nanti. Takkan aku nak makan rumput rebus, aku bukan lembu. 

Tak cukup dengan minyak, cerita dekat tv pun macam anjing. Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Aku pun tak tahulah apa aku buat dekat Malaysia ni. Aku ni sebenarnya alien yang dihantar dari planet Micici untuk menyelidik gerak kehidupan manusia. Dan nampaknya aku telah mendapat dapatan yang baik di Malaysia. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin. Cukup Malangggggg!



Sunday 28 September 2014

Karbala. Bahagian 1.

Pertama sekali, aku bukan syiah. Tetapi, aku nak cerita dekat pembaca-pembaca yang aku sayang apa sebenarnya Karbala. Benda ini dah lama bermain dalam benak aku. Ape ke halnya syiah ni? Tetapi sebelum aku masuk lebih dalam ke dalam lubang ini, biar aku ketuk pintu dulu dengan memahamkan(kalau korang fahamlah) korang semua apa sebenarnya ajaran Islam dan juga praktis awal pada kemunculannya. Dari segi pandangan teologi, kita tidak boleh tengok Islam hanya sebagai satu gerakan keagamaan sahaja. Islam tidak terhad dengan praktis-praktis spiritual dan hubungan antara Tuhan dan manusia. Islam sebenarnya lebih daripada itu. Islam sebenarnya mengajar kita konsep keadilan seluruh umat manusia tanpa mengira jantina, ras, warna kulit, dan lain-lain. Secara revolusionernya, Islam mengajar umat Islam menentang pembangunan sosial yang didukung oleh zulm yakni ketidakadilan dan eksploitasi.

Allahu Akbar. Satu kalimat yang jelas menunjukkan tidak ada manusia pun yang boleh menyatakan diri dia yang paling pawer sesama manusia. Yang paling pawer hanya terletak pada Tuhan dan bukannya manusia. Allah saja cipta manusia bermacam-macam jenis supaya kita kenal mengenal, dan bukannya tindas menisndas. Dan sekali lagi aku tegaskan bahawa Allah paling pawer, dan manusia semua sama sahaja di hadapan Allah. Dan jika kita benar-benar beriman dengan Allah, kita akan bersatu dihadapanNya. Al-Quran Allah wahyukan kepada Nabi Muhammad. Di dalamnya mengajar kita prinsip keadilan ekonomi, sosial, dan agama yang universal. Siapa kita nak menghalang orang lain beragama. Adil merupakan salah satu daripada nama-nama Allah. Dan Allah memerintahkan manusia supaya adil, kerana adil itu lebih dekat pada Taqwa.

Melalui rasulNya, Allah membenarkan kita untuk berperang melawan ketidakadilan, zulm. Allah menghalang kita memulakan perperangan. Namun, jika kamu dianiaya, dieksploitasi, ditindas. Cuba kita lihat keadaan kita sekarang, kita ni ditindas atau tidak? Kalau kita ditindas kenapa kita tak lawan? Allah perintahkan kita melwan penindasan. Dan kita tak lawan. Beriman ke tak ni?

Baik, sekarang ini aku nak masuk kisah bagaimana peristiwa Karbala berlaku. Peristiwa ini sebenarnya bukan bermula pada zaman Ali. Tetapi bermula selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Silih berganti khalifah Islam daripada Abu Bakar r.a, sampailah Ali. Setiap zaman khalifah pasti akan ada satu pembawakan baru yang kontradik dengan ajaran asal Islam. Hal ini semakin menular sehinggalah zaman khalifah Saidina Ali. Antara isunya ialah pembentukan status quo yang menindas di mana terdapatnya golongan kaya yang suka mengumpul harta tanpa membelanjakannya di jalan Allah. Semasa zaman Saidina Uthman, nama besar yang menetang pembawakan negatif ini ialah Abu Dzar Ghifari. Dia tentang benda ni dengan padu sekali. Antara nama khusus yang dia tentang ialah Amir Mu'awiyah. Mu'awiyah ni, dia terikut-ikut dengan gaya hidup orang-orang Rom yg secara langsungnya bertentang dengan ajaran Islam yang bersederhana.

Apa yang dilakukan oleh Amir Mu'awiyah ini telah menyebabkan penyimpangan yang serius terhadap Islam yang revolusioner. Dan ini telah mencambahkan benih terjadinya tregedi Karbala. Tragedi ini payah nak faham kalau tak faham apa sebenarnya pembawakan kontradik oleh dinasti Umayyah yang menentang syariat Islam. Perkara ini cuba ditentang sekeras-kerasnya oleh Abu Dzar dan Saidina Uthman. Namun, usaha ini gagal dan Saidina Uthman terbunuh.

Selepas itu, Saidina Uthman digantikan oleh Saidina Ali. Saidina Ali secara kerasnya cuba menerapkan kembali prinsip-prinsip Islam, namun tidak cukup berhasil. Hal ini desebabkan oleh golongan-golongan yang berkepentingan dalam ekonomi dan politik telah mengkonsolidasikan diri mereka.


Akan bersambung............

Cukup malang.






























Cita-cita Mat Jenin.

Aku terkesan dengan entri tulisan Tong yang bertarikh September 27. Hampir menitis air mata aku dibuatnya. Tapi aku tahan air mataku, sebab aku tahu aku kuat. Tergerak pula hati nak menulis malam ini. Isu yang nak aku bawa malam ini sebenarnya isu kecil tetapi besar. Memang biasa kita sebagai manusia berangan-angan. Nak buat itu ini, cita-cita besar gila babi, nak lawan monarki, nak jadi anarki. Tetapi, apa yang aku nampak cuma teori dan kumpulan manusia-manusia yang cetek akalnya, acah-acah kiri. Orang yang acah-acah kiri ini sebenarnya dia kanan. Tapi dia berpakaian seperti orang kiri. Tapi, itulah fitrah manusia, sebab itu aku rilek je dengar cerita orang.

Dapatan daripada cita-cita yang kita inginkan sebenarnya bukan terhad untuk wang semata. Dapatan yang aula sebenarnya adalah kepuasan. Aku bagi satu analogi untuk korang, cerita layar perak Into The Wild. Seorang homo sapien yang bernama Christopher McCandless bercita-cita nak berjalan kaki merentas Amerika Utara menuju ke Alaska untuk hidup sebagaimana hidup. Kemudian pengakhirannya korang tengok apa dapatannya, dia mati kelaparan. Dia memang tak dapat kepuasan, tapi dia dapat jawapan. Jawapan untuk soalan-soalan yang dijananya sendiri berdasarkan makalah-makalah yang dibacanya. Kalau difikir dari sudut pandangan tipikal golongan-golongan sivil, mesti korang akan  judge benda ini dengan satu perkataan sahaja. Bodoh.

Dan aku sendiri pun menyelar tindakan Christopher ini satu tindakan yang bangang. Kalau aku cakap bangang beratus kali pun, sejarahnya Christopher takkan berubah sedikit pun. Dan dalam isu ini aku tak boleh judgemental sebab dia dah bagi kita jawapan.

Aku pun ada cita-cita, dan cita-cita aku simple sahaja. Aku nak jadi kaya, dan aku nak beli 18 buah iPhone 6 dan 6 plus. Lepas itu, aku nak hempas kesemuanya. Masa kau hempas itu, aku rakam dan siarkan dalam laman Youtube. Itulah cita-cita aku, dan dapatannya adalah kepuasan.

Cukup Malang.

Monday 1 September 2014

Lupa.

Hari ini merupakan hari terakhir dalam banyak-banyak hari cuti semester. Aku dah bosan, aku dah letih cuti. Dan aku tak sabar nak duduk dalam majelis ilmu. Satu majelis yang mana semua malaikat-malaikat di langit saling memanggil antara mereka untuk bersama dalam majelis itu. 

Pagi tadi, awal aku bangun. Pukul tujuh, terus aku berwuduk utk solat. Lepas solat, aku humban kembali badan aku ke atas katil, nak sambung tidur. 

Dan blaa blaaaa blaaaaaahhrghhh!

Aku sebenarnya nak up balik entri ni. Aku sekarang ni dah tiga minggu masuk belajar. Dan ini bermakna dah tiga minggu entri ini terperam menjadi taik ayam. Dan dah lama aku tak menulis, jadi aku nak minta ampunlah kepada golongan warga emas, bakal jenazah, budak isap gam, hijabista, niqabster, hipster, gipsy, golongan bawahan, sebab dah lama aku tak tazkirahkan korang semua agar sentiasa jadi manusia yang flush tandas selepas berak. Flush lepas berak ni penting, ini tanda ketamadunan manusia. Kalau tak flush, mcm mana aku nak berak pulak nanti.

So, minta maaf semua. Aku tak tulis sebab aku lupa. Memang manusia itu dijadikan padanya sifat lupa. 


Salam 1 Running Man,

Saya yang menjalankan tugas,

Kop Jong Kook.




Cukup malang.











Friday 15 August 2014

Merdekanyew.

Merdeka, 
Pada aku merdeka ini luas,

Bukan sekadar mengibarkan kain berjalur sahaja,
Bukan sekadar menyanyi lagu-lagu ciptaan Pak Ngah sahaja,
Bukan sekadar memenuhi Dataran Merdeka sahaja,
Merdeka lebih dari itu.

Merdeka,
Punyai pawana sendiri,
Makna dan wahana tersendiri,
Dia dekat,
Tapi jauhhh,
Dia kena rasssaaaa,
Rasa dengan hati nurani,
Minda terpuji,
Bukan jadi taik judi.

Merdeka,
Punya rupa,
Punya gaya,
Punya cara,
Bukan tak tentu hala,

Lahir merdeka bukan dengan kesenangan,
Tapi lahir dengan kepayahan yang menuntut kesetiaan,
Menuntu pengorbanan dan usaha.

Dulu merdeka kita lepas dari penjajah celaka,
Kini merdeka kencing merata-rata,
Berak tak flush,
Ini semua minda kelas ketiga,
Tiada erti prasarana kelas pertama kalau di pintu tandas awam penuh dengan nombor telefon gay yang tidak cukup kasih sayang,
Kalau begini, 
Kita belum Merdeka.

Kita bangga dengan Merdeka,
Tapi kita buang anak merata-rata,
Tebang balak macam bapak kau punya,
Rasuah bermaharajalela.

Kadang-kadang, aku rasa Malaysia ni lawak. Sebab apa, kita kata bersatu, tetapi dalam ruang komen muka buku, selalu gembar-gemburkan mimpi ngeri yg dah lama berlalu. Kenapa kena begitu? 13 Mei sekarang bukan 13 Mei dahulu. 

Angin hitam rasisme masih kencang dalam udara Malaysia. Dan kita kena berterima kasih dengan nasik lemak, roti canai, dan kuih pau. Kerana tanpa mereka, kita buntu elemen penyatuan. Salam merdeyka. Cukup malang.












Thursday 14 August 2014

Perak oh Perakku...

Sejak dua menjak ni, pergi ke stadium memang dah jadi rutin bila Bos Gaurus main dekat Ipoh. Hnff, Bos Gaurus. Sekali-sekala dengar macam celaka pun ada. Tapi, atas semangat sense of belonging aku terima seadanya nama saintifik yg dicipta oleh siapa entah untuk Perak. Terima kasih kerana rajin google nama dan lambang yang sesuai untuk skuad Perak, banyak-banyak terima kasih.

Aku ingat masa pertama kali aku jejakkan kaki ke stadium Perak. Perak menentang Perlis. Aku darjah tiga masa itu. Batak tak tentu hala masa itu. Tengok orang ramai, orang hisap rokok tak putus-putus. Berasap sesaja mulutnya macam naga Tasik Chini. Dan yang paling aku tak boleh lupa tengok orang tua mencarut.
"Pukimak kamu!",
"Ref babi",
"Butoh ref",
"Lines man main telor".
Macam-macam ragam orang dekat stadium. Itu belum masuk org jual keropok lekor, berger tak ada daging dengan air anggur tawar, macam haram.

Masa itu, alteras pun tak ada lagi. Yang ada pun gendang. Lagu pun ada dua je masa itu. Tak Ipoh Mali, laungan Perak diselangi dengan paluan gendang beberapa kali. 

Khalid Jamlus, Indra Putra, Liew Kit Kong, V. Saravanan, Chan Weng Hong dan lain-lain. Mereka ini antara nama besar dalam Skuad Seladang pada zaman itu. Pengurus pasukan, Datuk Jamal Nasir dan Jurulatih, Toni Netto. Pada aku, zaman ni kira zaman emas buat Skuad Seladang. Best betul masa itu. Dan kena ingat, benda naik sampai masa akan turun juga. Turunnya bola sepak Perak adalah kerana rasuah. Main bola power, tapi otak cetek, tu yang makan rasuah tu. Ataupun mungkin mereka terpaksa, aku pun tak tahu.

Itu duluuu, sekarang lain pula ceritanya. Masalah rasuah pun dah kurang, macam dah tak ada. Player semua main bagus, nampak yang mereka ini berusaha. Dah elok pemain bagus, datang pulak bangangnya dari pihak pengurusan. Apa antara contoh kebangangan yang pengurusan buat? Ahhh! Malas aku nak tulis. Kalau korang nak tahu, sokonglah bola sepak Perak. Nanti tahulah korang. Cukup malang.

Tuesday 12 August 2014

Kalau aku kaya...

...Dulu, cikgu dekat sekolah selalu suruh buat karangan tentang 'Kalau aku kaya...'. Pada masa itu, otak aku masih lagi belum boleh menjana idea-idea yang matang kalau aku kaya. Aku akan tulis aku nak beli rumahla, nak beli keretala, nak bantu anak yatim dan lain-lain. Semua idea tipikal budak-budak.

Bila dah besar sekarang ini, otak pun dah semakin laju, berfikir dengan matang, dah semakin cerdik. Maka, kalau tiba-tiba datang orang bank ke rumah aku bagi cek 5 billion, benda pertama yang akan aku buat adalah aku pergi bank balik, aku setel hutang mak bapak aku dulu. Hutang rumah, hutang kereta dan segala hutang yang ada. Akan aku bakul sampahkan hutang. Semua benda lepas ini aku bayar cash. Itu satu.

Yang kedua, aku nak repair kereta aku. Aku tahu ramai akan cakap kenapa tak beli kereta lain? Memang aku boleh beli. Tetapi, nilai sentimental yang ada pada kereta saga BLM aku tidak ada harganya. Aku cat lain kereta itu, servis air cond, tukar sport rim, letak turbo, dan macam-macam lagilah. Lepas tu baru aku beli kereta baru. Orang kayalah katakan. 

Tapi kena ingat, ini semua pinjaman sahaja. Aku tahu, 'kalau aku kaya...' ni satu benda yang subjektif. Saaangat subjektif. Banyak benda yang kita boleh buat kalau kita kaya. Kalau kaki kereta lain gayanya. Kaki motor lain gayanya. Kaki judi, kaki saham, dan bermacam kaki lagilah. 

Duit memang buat kita kaya. Tapi, yang lebih penting lagi adalah kehidupan. Kehidupan yang buat kita kaya. Dan kita kena ingat sama ada miskin atau kaya, dua-dua benda ini adalah ujian untuk kita. Dan ingat, tak semua benda boleh beli dengan duit. Contohnya nilai sentimental pada kereta aku tadi. So, setakat ini saja. Cukup malang.







 

Tuesday 22 July 2014

Nasi PUM nan sebungkus.

Prep malam berlalu seperti biasa. Selepas solat Isyak, pelajar akan dikerah oleh warden untuk bergerak ke tempat prep masing-masing. Tiada yang terkecuali. Maka bertaburanlah pelajar-pelajar. Pelajar puteri tempat prepnya di dewan makan. Manakala pelajar putera tempat prepnya di blok empat tingkat berhampiran dengan bengkel Kemahiran Hidup.

Malam itu malam Khamis. Mengikut percaturan aku, menu makanan yang akan disediakan oleh dewan makan pada malam ini tak sedap. Menunya ialah Bihun sup. Atau lebih dikenali sebagai Bihun Besi. Sebab menu ini dikenali dengan gelaran Bihun Besi adalah kerana rasanya macam besi karat. Jadi, aku tak suka.

Oleh itu, aku bercadang nak makan sesuatu yang lebih baik daripada bihun ini. Banyak cadangan rambang yang dijana oleh otak aku. Makan megi, takut kantoi dengan naqib. Makan biskut, aku tak ada biskut. Sedang aku memikir apa nak makan pada malam itu, aku ternampak satu susuk yang gedempol, pendek, kulit putih kemerah-merahan.
Aku tahu siapa itu. Dialah manusia yang bernama Ibnu Jipri. Kenal benar aku dengan perihalnya. Kuat makan salah satunya. Hendak menceritakan tentang Ibnu Jipri sahaja aku kena tulis satu cerita lain yang khas untuk dia sahaja. 

Aku ingat lagi satu malam itu Ibnu Jipri kena rasuk. Kecoh satu asrama. Semua naqib suruh ahli dormnya untuk baca ayat suci Al-Quran. Banyakkan berzikir. Kami sebagai fresh meat di sekolah itu terpaksa akur kerana ini merupakan pengalaman pertama kami dapat tengok orang kena rasuk. Adalah wajib untuk sekolah agama mempunyai pawang-pawang yang mahir tentang perihal ghaib ini. Antara nama-nama besar pada zaman itu ialah Ismail dan rakannya Firdaus. Meraka berdua berjaya mengeluarkan jin itu dengan bantuan Ustaz Ibnu Ali Kashfi. Selamat.

Bila melihat Ibnu Jipri dengan mata zahir, mata batin aku ternampak Nasi PUM. Nasi PUM tak adalah istimewa mana. Cuma nasi lemak dengan sambalnya yang sedap. Aku pun tak tahu apa bahan yang digunakan oleh Puan Ju untuk memasak nasi ini. Ibnu Jipri antara AJK tertinggi di dalam Persatuan Usahawan Muda. Dan aku tahu dia bertugas malam ini. Betugas untuk menjual nasi PUM. Pada aku, dia ini gampang. Jambu* dia sahaja yang boleh menempah nasi PUM daripadanya. Kadang kala dia belanja. Tak telus langsung perniagannya. Hanya mementingkan kroninya sahaja.
Namun, aku lebih hebat dari itu. Aku tidak perlukan title jambu untuk beli nasi PUM daripada dia.


      *          *          *


Aku ke kelas untuk bertemu Dzamberi. Dia ni anak orang kaya Balik Pulau. Jadi mudahlah sikit kerja aku berbekalkan modal daripada dia.

"Rileklah, mesti boleh punya. Ana kenal sangat perangai dia. Kita kongsi duit, takdelah ana rugi sangat." Pesan aku kepada Dzamberi.

"Oklah. Nah ni duitnya. Anta jangan tak jadi pulak. Ana malas nak pergi dewan makan ni."

"Jangan risau. Kalau tak jadi, kita makan biskut. Kahkahkah!" Kata aku kepada Dzamberi.

"Kepala bana anta,"

"Antalah bajang,"



     *          *          *


"Assalamualaikum bang. Saya nak..." Belum sempat aku menhabiskan kata-kata, dia menyampuk;

"Kum bang kum bang. Bagi salam elok-eloklah. Aku penampor karang."

"Ouhh maaf abang, maaf. Assalamualaikum abang."

"Haaa, kan ke sedap. Ape kamu nak?"

"Boleh tak bang kalau kita sembang dekat hujung koridor sana?"

"Haaa boleh-boleh. Macam besor jer kesnya ni. Kamu nak report ada budak form 1 makan megi ke?"

"Tak, macam ni. Saya nak beli nasik PUM,"

"Karang belilah dekat kiosk,"

"Saya nak tempah bang,"

"Kamu ni jambu aku simpang mane?"

"Belum register bang. Takpe bang. Ok macam ni, saya nak tempah nasi PUM dua. Dan saya akan belanja abang satu nasi PUM."

"Hmmmm. Boleh tahan tawaran tu. Dapat aku makan free malam ni. Menu dewan makan pun macam taik malam ni."

"Kira jadilah ni iya?"

"Ok, aku setuju. Dengan syarat tak ada sesiapa yang tahu melainkan kita. Biar pecah di perut, jangan di mulut."

"Ok bang,"

Maka Ibnu Jipri pun berlalu pergi. Sesekali aku perasan susuk dia ni seperti seorang kapitalis yang jahat. Badan gemuk pendek. Kalau dikenakan kot, memang sebijik.

Cukup mudah untuk aku menggunakan Ibnu Jipri ini. Sungguh mudah. Lemah sungguh jiwanya. Kahkahkah. Aku pun berlalu ke kelas dengan hati yang gembira. Sesekali aku zahirkan kegembiraan ini dengan mendendangkan lagu 'Dipancari sinar mentari' nyanyian kumpulan nasyid sekolah.



     *           *           *


Jam menunjukkan tepat pukul sepuluh setengah malam. Aku bingkas bangun dari kerusi dan mengemas beg untuk pulang ke asrama. Dalam masa yang sama, Dzamberi menghampiriku dan bertanya,

"Apa macam?"

"Setel maaa," jawabku pendek.

Kami pun berlalu pergi. Sesampai sahaja kami di dorm kami, aku nampak dua bungkus nasi tersergam indah di atas katil aku. 

"Shit, hebat juga Ibnu Jipri ni. Dah macam kartel. Kartel nasi PUM." Bermonolog aku seorang.

Bermula pada malam itu dan malam-malam berikutnya, bekalan nasi PUM untuk aku dan Dzamberi selamat. Sehingga pada satu hari, isu penjualan nasi PUM telah dibawa ke dalam mesyuarat guru-guru. Pengetua Ustaz Arifine Bin Abdollah dengan sebulat suara mamberhentikan penjualan nasi PUM. Hal ini kerana, nasi PUM menjejaskan tumpuan murid di dalam kelas. Murid selalu tertidur. Antara nama murid yang selalu tidur di dalam kelas yang selalu menjadi buah mulut guru-guru ialah aku dan Dzamberi. Cukup malang.

*jambu - adik angkat.




 






Wednesday 9 July 2014

Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana?

Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana?

Kau ini bagaimana?
Kau bilang aku merdeka,
kau memilihkan untukku segalanya,
Kau suruh aku berfikir,
Aku berfikir kau tuduh aku kafir.

Aku harus bagaimana?
Kau suruh aku bergeraklah,
Aku bergerak kau curigai,
Kau bilang jangan banyak tingkah,
Aku diam saja kau waspadai.

Kau ini bagaimana?
Kau suruh aku memegang prinsip,
Aku memegang prinsip,
Kau tuduh aku kaku,
Kau suruh aku toleran,
Aku toleran kau bilang aku plin-plan,

Aku harus bagaimana?
Kau suruh aku maju,
Aku maju kau serimpung kakiku,
Kau suruh aku bekerja,
Aku bekerja kau ganggu aku.

Kau ini bagaimana?
Kau suruh aku taqwa, 
khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa,
Kau suruh aku mengikutimu,
Langkahmu tak jelas arahnya.

Aku harus bagaimana?
Aku kau suruh menghormati hukum, Kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku kau suruh berdisiplin, 
Kau mencontohkan yang lain.

Kau ini bagaimana?
Kau bilang Tuhan sangat dekat,
Kau sendiri memanggil-manggilnya dengan pengeras suara setiap saat,
Kau bilang kau suka damai, 
Kau ajak aku setiap hari bertikai.

Aku harus bagaimana?
Aku kau suruh membangun, 
Aku membangun,
kau merusakkannya,
Aku kau suruh menabung, 
Aku menabung,
kau menghabiskannya,

Kau ini bagaimana?
Kau suruh aku menggarap sawah, Sawahku kau tanami rumah-rumah,
Kau bilang aku harus punya rumah, 
Aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah.

Aku harus bagaimana?
Aku kau larang berjudi, 
permainan spekulasimu menjadi-jadi
Aku kau suruh bertanggungjawab, 
kau sendiri terus berucap Wallahu A’lam Bis Showab.

Kau ini bagaimana..
Aku kau suruh jujur, 
Aku jujur kau tipu aku,
Kau suruh aku sabar,
Aku sabar kau injak tengkukku.

Aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, 
Sudah ku pilih kau bertindak sendiri semaumu,
Kau bilang kau selalu memikirkanku, Aku sapa saja kau merasa terganggu,

Kau ini bagaimana?
Kau bilang bicaralah, 
Aku bicara kau bilang aku ceriwis,
Kau bilang jangan banyak bicara, 
Aku bungkam kau tuduh aku apatis,

Aku harus bagaimana?
Kau bilang kritiklah, 
Aku kritik kau marah,
Kau bilang carikan alternatifnya,
Aku kasih alternatif,
kau bilang jangan mendikte saja.

Kau ini bagaimana?
Aku bilang terserah kau,
Kau tak mau,
Aku bilang terserah kita, 
Kau tak suka,
Aku bilang terserah aku, 
Kau memakiku.

Kau ini bagaimana?
Atau aku harus bagaimana?

KH Mustofa Bisri.

Cukup malang.

Anekdot poligami.

Kahwin empat. Semua lelaki tak terkecuali. Mesti ada sekelumit di hati hendak berkahwin empat. Berdasarkan dalil al-Quran yang membenarkan, sunnah nabi menjadi ikutan. Mereka gunakan, bagi mematahkan hujah-hujah isteri yang lama untuk mengahwini isteri yang baharu. Payung emas sebagai ganjaran, buat bini yang beri kebenaran. Itulah dia kata-kata mereka. 

Bukanlah di sini aku hendak mempersoalkan Sunnah, mengkritik Al-Quran. Tidak sama sekali tidak. Di sini aku hanya mahu kamu berfikir. Berfikir dari sudut lain. Pernahkah kamu letakkan diri kamu di tempat isteri yang diduakan?  Pernahkah kamu bayangkan perasaan isteri yang diduakan?

Cuba kamu bayangkan, isteri boleh menduakan suami. Dan ganjaran untuk lelaki yang rela diduakan ialah kereta Bugatti emas di padang Mahsyar nanti. Vroom vroom. 

Dan bayangkan satu hari kamu pulang dari kerja. Dengan niat hendak bermesra-mesra dengan isteri kamu. Sesampai di rumah kamu lihat isteri kamu sedang malayan lelaki lain. Kamu bertanya siapa ini?! Dia menjawab, "ini lelaki nombor dua saya. Dan malam ini giliran dia. Abg baliklah rumah mak dulu,".

Pedih rasanya. Pedih. Seyugia apakan daya, Allah s.w.t tidak menurunkan ayat yang membenarkan perempuan mengahwini lelaki melebihi empat. Nasib baik.

Turunnya ayat membenarkan lelaki mengahwini perempuan lebih daripada empat ada hikmahnya. Kalau lelaki nak kahwin empat, syaratnya ialah adil. Dan maksud adil di sini luas. Sangat luasss.

Oleh itu, lelaki kena adil. Yang perempuan, hahaha. Cukup malang.

Friday 4 July 2014

Puasa adat.

Hari ini hari Sabtu. Sudah masuk hari yang ke tujuh dalam bulan mulia ini. Fasa Pertama dalam bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Namun, adakah tercapai objektif kita dalam fasa yang pertama ini? Apa objektif fasa pertama? Rahmat Allah. Sudah cukupkah amalan kita selama tujuh hari ini untuk mendapat rahmat daripada Allah?

Pada dapatan saya, masih ramai di antara kita yang puasanya hanya sekadar puasa adat dan bukan puasa syariat. Tidak saya salahkan sesiapa. Mungkin dek kerana sedikit salah faham dalam agama mereka melakukan perkara sedemikian.

Apakah puasa adat? Puasa adat ialah puasa ikut-ikutan. Contoh perangai puasa adat ialah; dia puasa tetapi tidak menutup aurat. Dia berpuasa tetapi tidak solat. Dia berpuasa tetapi mengumpat dan macam-macam lagi perangai. Puasa kalau macam ini, tiada apa-apa di sisi Allah melainkan lapar dan dahaga.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa pun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Benda ini yang kita tidak mahu berlaku pada puasa kita. Tidak peroleh apa-apa melainkan lapar dan dahaga. Oleh itu, tanyalah diri kita masing-masing. Bagaimana puasa kita? Sempurnakah puasa kita? Ikhlas tak kita puasa hari ini?

Kalau tak ikhlas?
Cukup malang.





Thursday 26 June 2014

Ramadhan.

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagimu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan pada orang-orang sebelum kamu. Mudah-mudahan kamu bertakwa” 
(Al -Baqarah:183)

Bulan Syabaan sudah hampir melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Maka, bermulalah satu bulan yang mana di dalamnya mempunyai pelbagai kurniaan daripadaNya. Di awalnya rahmat, di tengahnya keampunan, dan di akhirnya perlindungan daripada neraka Jahannam. 

Dan padanya juga terdapat satu malam yang bersamaan denga seribu bulan. Beruntung sekali bagi sesiapa yang dapat berjumpa dengan malam ini. Marilah kita sama-sama mencarinya. Firman Allah s.w.t ;
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) 

Dengan kedatangan Ramadhan, kita dapat lihat pelbagai ragam masyarakat Malaysia tanpa mengira peringkat siapa. Antaranya ialah;

Yang pertama kali berpuasa.

Ada sesetengah daripada mereka yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Tetapi, kebanyakan mereka berpuasa kerana duit raya yang dimanifestasikan oleh ibu bapa mereka.

Orang muda,

Pelajar, yang duitnya tidak berapa nak ada sudah mula mencari-cari masjid untuk mereka sertai majlis berbuka puasa. Tidak ketinggalan juga yang mencari lubang-lubang plastik hitam untuk mereka beriftar di tengahari.

Kaum ibu bapa,

Si ibu sudah mula memikirkan menu juadah sahur dan berbuka untuk keluarga. Si bapa sibuk mengira duit untuk menempah baju raya anak dan isteri. Tak termasuk duit raya yang dijanjikannya untuk anak-anak jika mereka berjaya puasa penuh.

Taukeh kueh,

Sibuk membuat kueh yang ditempah oleh pelanggan mereka pada bulan Rejab yang lalu. Anda jangan tak tahu, sample kueh keluar pada awal bulan Rejab, tarikh tutup tempahan nisfu syabaan, pertengahan malam tujuh likur penghantaran. Inilah dia modus operandi taukeh kueh setiap tahun.

Taukeh baju,

"Tempahan sudah ditutup," jawabnya pendek.

Dan bermacam-macam lagi karenah-karenah masyarakat Malaysia dalam menyambut bulan Ramadhan dan bulan Syawaal. Tak termasuk lagi yang membeli-belah pada saat-saat terakhir.
Selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Gunakan peluang yang ada pada bulan Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya. Zakat bayar awal. Jangan pagi raya baru nak terhegeh-hegeh mencari aamil zakat. Dia pun nak beraya juga. Kalau tidak sempat, cukup malanglah jawabnya.








Wednesday 25 June 2014

Cukup panas.

Dalam kehangatan pagi aku memerhati banyak benar orang lalu lalang, ke sana ke mari. Masing-masing dengan tujuan dan destinasi masing-masing. Sekali-sekala aku pandang ke langit. Hangat betul pagi ini. Mungkin inilah dia penangan el nino yang digembar-gemburkan oleh media negara ini.

Bukan aku seorang sahaja yang merasai kehangatan ini. Bahkan semua orang turut menerima nasib yang sama. Setiap orang yang lalu-lalang di depan aku semuanya mengeluh dek kerana perkara yang sama. Tetapi, dalam keluhan-keluhan itu ada juga yang bersyukur dengan cuaca sebegini. Terutamanya, pemilik-pemilik kedai dobi di bandar metropolitan ini.

Dalam bahang kepanasan yang panas ini, ada juga manusia yang memakai baju kemeja bertali leher. Siap berkot lagi. Aku pelik kenapa mereka mengenakan pemakaian yang tidak kena dengan keadaan. Pakaian sebegitu kalau dipakai di negara Barat moleklah nampaknya. Tetapi, jika dipakai di negara yang beriklim khatulistiwa tidak relevan bagi aku. Macam orang gila. Aku pun naik panas apabila melihat pakaian mereka.

Mereka mengaku mereka bijak. Mereka pandai, mereka ada ijazah, mereka ada bermacam-macam kelulusan. Tetapi, pakaian macam orang tak ada akal.

Pihak yang tertentu mesti memainkan peranan. Tukar etika pemakaian berkot dan bertali leher kepada pemakaian yang lebih selesa. Bila selesa, hasil kerja akan jadi lebih baik. 

Sudah-sudahlah menghukum seseorang dengan pakaian, dengan luaran. Sedangkan yang mustahak adalah dalaman. Bodoh tak sudah mereka ini. Cukup malang.




Friday 20 June 2014

Liga Padang Rengas.

Kisah ini sudah lama berlaku. Ketika itu, aku pun masih di awang-awangan. Mak dengan hal mak, abah pula dengan hal abah. Mereka masih tidak kenal antara satu sama lain. Dan pada ketika itulah kisah ini berlaku. Kisah kegemilangan Liga Bola Sepak Padang Rengas. Bukanlah aku yang menjadi saksi kisah ini. Tetapi, kisah ini diceritakan oleh abah aku pada suatu petang tak lama dulu.

Bapak aku cakap, Liga Padang Rengas dulu rancak. Semua pasukan mempunyai gaya permainan tersendiri. Setiap pasukan juga mempunyai ayam tambatan masing-masing. Pasukan Sekolah Arab, mereka ada Jalud. Seorang pemain sayap yang baik. Di Kampung Lubuk, mereka ada Said. Pemain tengah yang berkaliber dengan larian yang tenang seakan-akan Andrea Pirlo. Estate Batu 17, mereka ada Maniam. Lariannya macam lipas kudung dan lain-lain pemain handalan dari kampung masing-masing sekitar Padang Rengas dan Lubuk Merbau.

Apabila liga Kuala Kangsar diadakan, pemain-pemain ini akan dikumpulkan menjadi satu pasukan mewakili Padang Rengas. Antara seterunya ialah pasukan Sayong, Pasukan daripada Chandan, Talang, Kota Lama Kanan, Kota Lama Kiri dan lain-lain. Masing-masing membawa pemain handalan mereka untuk bertarung di atas padang.

Bila aku dengar cerita yang epik ini daripada abah, memang wajarlah bola sepak Malaysia dahulu lebih hebat dari sekarang. Kalaulah pemain-pemain kampung di seluruh pelosok Malaysia ini diketengahkan, liga-liga di Malaysia ditambah dan dibuka untuk setiap peringkat. Daripada amatur hinggalah ke peringkat professional. Aku rasa, banyak bakat-bakat yang baharu dapat FAM hasilkan.

Seyugia, segala perancangan ini tidak dilaksanakan. Apa boleh buat? Cukup malang.

Thursday 19 June 2014

Malaysiaku...

Aku sudah bosan bersorak untuk negara orang.
 Negara yang terletak nun jauh seberang laut. 
Aku sudah bosan mengibarkan bendera negara orang. 
Aku berasa jijik melihat pengacara-pengacara sukan hanya membincangkan tentang kesebelasan utama negara orang. 
Aku sudah letih bersengkang mata hanya untuk menonton corak permainan negara orang yang semakin cantik dan bergaya.
Aku benci melihat rakyat Melaysia yang bangga menyarung jersi negara-negara luar.
Sedangkan hendak bertutur dalam bahasa negara itu pun entah pandai entah tidak.

Aku tak pasti,
terbit atau tidak perasaan ini dalam hati pemain-pemain Malaysia. 
Hati orang-orang kuat FAM,
hati presiden FAM.
Aku tak tahu. 
Entah apa yang mereka fikirkan. 

Di mulut hanya mampu berjanji,
kami akan lakukan yang terbaik. 
Tetapi, di kaki main macam babi. 
Lepas ini, selepas baca luahan ini. 
Pasti ada yang bersuara, 
kamulah main, macamlah hebat sangat. Satu alasan yang sudah lapuk. 
Abah aku pun boleh cakap. 
Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab memikirkan sesuatu. Bukan menuding tidak menentu. 
Bola sepak Malaysia masih di takuk lama. 

Perubahan secara drastik tidak dilakukan. 
Pembangunan pemain dari akar umbi entah ke mana.
Setakat program mencari Ramli,
apa kesinambungannya?
Mutu pengadilan yang tidak bermutu,
Mengadili perlawanan macam kutu,
Politik dan bola jangan sekali,
Kalau tidak, apa pun tak jadi.

Kritikan rakyat bukan untuk mengeruhkan keadaan,
Kritik rakyat untuk kebaikan,
Dengarlah suara rakyat,
Bukan banyak yang rakyat mahu,
Kami mahu kejayaan,
Kalau berjaya kami tak dapat apa-apa,
Tuan-tuan juga yang bertambah kaya.

Kami mahu Malaysia ke Piala Dunia,
Kami mahu Malaysia menang Piala Dunia,
Kami mahu Malaysia dikenali dunia,
Kami mahu gaya permainan Harimau Malaya bertaraf dunia,

Tetapi aku tahu,
Tiada siapa yang dengar luahan ini,
Tiada siapa yang cakna dengan usaha ini,
Usaha-usaha rakyat Malaysia yang sebelum ini pun tak diambil endah oleh mereka,
Inikan pula luahan aku yang sakai ini.

Angan-angan aku hanya angan-angan yang tak realistik,
Umpama menunggu bulan jatuh ke riba.
Apa boleh buat?

Cukup malang.






Sunday 15 June 2014

#welkap

Kempen Piala Dunia banyak memberikan kejutan kepada kita. Pada tahun ini, Pasukan Costa Rica telah mencipta  kejutan yang besar dalam sejarah Piala Dunia apabila mereka berjaya menundukkan pasukan pilihan Uruguay 3-1 pada pagi tadi. 

Uruguay bermula tanpa pemain bintangnya iaitu Luis Suarez. Beliau hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang perlawanan kerana kecederaan. Uruguay meletakkan dua penyerang mereka iaitu Diego Forlan dan Edinson Cavani.

Sementara itu, Costa Rica telah menempatkan lima pemain pertahanan dan satu penyerang iaitu Joel Campbell. Pemain muda ini bermain dengan baik sekali dalam permulaan kempen Piala Dunia 2014.

Pada separuh masa yang pertama, Uruguay telah dianugerahkan sepakan penalti apabila Diego Lugano dijatuhkan oleh Junior Diaz. Edinson Cavani telah menyempurkan sepakan penalti dengan tendangan lerek ke kiri gawang pihak lawan pada minit ke 24.

Pada separuh masa yang kedua, jaringan daripada Joel Campbell pada minit ke 54 hasil umpanan Gamboa telah menyamakan kedudukan. Oscar Duarte pula menanduk bola masuk ke gawang pada minit ke 57 dan jaringan Marcos Urena pada minit ke 84 telah memastikan tiga mata penuh menjadi milik Costa Rica  dan menempatkan mereka di puncak kumpulan D.

Pada minit ke-94, pemain pertahanan Uruguay, Maxi Pereira telah dilayangkan kad merah disebabkan kekasaran yang dilakukan olehnya keatas Joel Campbell. Perlawanan tamat. Uruguay kalah, Costa Rica menang. 1-3. Cukup malang.

Saturday 14 June 2014

Satu permulaan yang bertenaga.

Dengan tangannya yang kering, berurat, hitam, dan dengan mimik muka yang bengis dan angkuh dia mencapai kotak yang tertera perkataan John di atas meja. Buka kotak tarik sebatang batang putih. Tutup kotak, campak atas meja. 

Tangan kiri ligat menggagau kocek seluar. Keluar pula kotak kecil. Kecil lagi dari kotak John. Buka kotak tarik sebatang kayu yang kecil. Digeseknya batang itu di sisi kotak tadi. Zasss! Api menyala. Dicucuh api itu di hujung batang putih tadi. Kibas-kibas kayu kecil. Api padam. Batang putih sudah menyala. Sedut batang putih dalam sedalamnya. Api dibibir batang putih makin membara. Bara meninggalkan abu. Diketiknya batang putih itu, bertebaran abu atas lantai. Disedut lagi, hembus. Keluar asap berbunga-bunga. Sekali-sekala dia meneguk kopi ais yang dipesannya tadi.

Dalam ketenangan kedai kopi itu, tiba-tiba dia bersuara,
 " Man," katanya sambil matanya memandang aku, tajam menusuk jantungku. 

"Awat?"  tanyaku pendek.

"Dah tiba masanya untuk kita berubah,"

"Berubah apa bendanya? Tak payah mengarut,"

"Sampai bila kita nak jadi macam ni? Stagan macam air taik,"

Dengan patuhnya aku menganguk setuju. 
"Apa cadangan kau?" tanya aku.

"Kita buatlah sesuatu. Sesuatu yang bermanfaat," jawabnya sambil memandang Ah Moi yang lalu lalang di kaki lima.

"Umum sangat tu, spesifiklah sikit,"

"Kita masuk bidang seni,"
"Seni macam mana tu? Spesifikkan lagi."

"Menulis. Kita menulis."

"Huish! Banyak pakai duit tu. Nak cetak lagi, macam-macam kene buat," jawabku protes. Zaman sekarang semuanya perlukan duit. Hatta nak ke jamban pun dicaj dua puluh sen.

"Baru nak mula takkan terus nak keluar buku. Banyak lagi medium lain. Kita mula perlahan-lahan. Mula dari kosong." 

"Contohnya apa?"

Sambil membetulkan duduknya dia menjawab, "Kita buat blog. Benda percuma. Mudah pun mudah,"

"Ada ke orang nak baca?" tanyaku skeptikal.

"Baca ke, tak baca ke, belakang kira. Yang penting cuba."

"Okeh, aku setuju. Tapi nak letak nama apa?" 

Sambil menenyeh-nenyeh puntung rokok ke dasar bekas abu dia menjawab,"Entahlah, sama-samalah kita fikir." 

*     *     *

Sebulan kemudian, mereka masih di kedai kopi. Sembang semangat seperti Bung Tomo. Tetapi, praktikalnya tiada. Tenggelam dengan cerita-cerita cliche orang kampung. Cukup malang.