Rajinnya...

Tuesday 22 July 2014

Nasi PUM nan sebungkus.

Prep malam berlalu seperti biasa. Selepas solat Isyak, pelajar akan dikerah oleh warden untuk bergerak ke tempat prep masing-masing. Tiada yang terkecuali. Maka bertaburanlah pelajar-pelajar. Pelajar puteri tempat prepnya di dewan makan. Manakala pelajar putera tempat prepnya di blok empat tingkat berhampiran dengan bengkel Kemahiran Hidup.

Malam itu malam Khamis. Mengikut percaturan aku, menu makanan yang akan disediakan oleh dewan makan pada malam ini tak sedap. Menunya ialah Bihun sup. Atau lebih dikenali sebagai Bihun Besi. Sebab menu ini dikenali dengan gelaran Bihun Besi adalah kerana rasanya macam besi karat. Jadi, aku tak suka.

Oleh itu, aku bercadang nak makan sesuatu yang lebih baik daripada bihun ini. Banyak cadangan rambang yang dijana oleh otak aku. Makan megi, takut kantoi dengan naqib. Makan biskut, aku tak ada biskut. Sedang aku memikir apa nak makan pada malam itu, aku ternampak satu susuk yang gedempol, pendek, kulit putih kemerah-merahan.
Aku tahu siapa itu. Dialah manusia yang bernama Ibnu Jipri. Kenal benar aku dengan perihalnya. Kuat makan salah satunya. Hendak menceritakan tentang Ibnu Jipri sahaja aku kena tulis satu cerita lain yang khas untuk dia sahaja. 

Aku ingat lagi satu malam itu Ibnu Jipri kena rasuk. Kecoh satu asrama. Semua naqib suruh ahli dormnya untuk baca ayat suci Al-Quran. Banyakkan berzikir. Kami sebagai fresh meat di sekolah itu terpaksa akur kerana ini merupakan pengalaman pertama kami dapat tengok orang kena rasuk. Adalah wajib untuk sekolah agama mempunyai pawang-pawang yang mahir tentang perihal ghaib ini. Antara nama-nama besar pada zaman itu ialah Ismail dan rakannya Firdaus. Meraka berdua berjaya mengeluarkan jin itu dengan bantuan Ustaz Ibnu Ali Kashfi. Selamat.

Bila melihat Ibnu Jipri dengan mata zahir, mata batin aku ternampak Nasi PUM. Nasi PUM tak adalah istimewa mana. Cuma nasi lemak dengan sambalnya yang sedap. Aku pun tak tahu apa bahan yang digunakan oleh Puan Ju untuk memasak nasi ini. Ibnu Jipri antara AJK tertinggi di dalam Persatuan Usahawan Muda. Dan aku tahu dia bertugas malam ini. Betugas untuk menjual nasi PUM. Pada aku, dia ini gampang. Jambu* dia sahaja yang boleh menempah nasi PUM daripadanya. Kadang kala dia belanja. Tak telus langsung perniagannya. Hanya mementingkan kroninya sahaja.
Namun, aku lebih hebat dari itu. Aku tidak perlukan title jambu untuk beli nasi PUM daripada dia.


      *          *          *


Aku ke kelas untuk bertemu Dzamberi. Dia ni anak orang kaya Balik Pulau. Jadi mudahlah sikit kerja aku berbekalkan modal daripada dia.

"Rileklah, mesti boleh punya. Ana kenal sangat perangai dia. Kita kongsi duit, takdelah ana rugi sangat." Pesan aku kepada Dzamberi.

"Oklah. Nah ni duitnya. Anta jangan tak jadi pulak. Ana malas nak pergi dewan makan ni."

"Jangan risau. Kalau tak jadi, kita makan biskut. Kahkahkah!" Kata aku kepada Dzamberi.

"Kepala bana anta,"

"Antalah bajang,"



     *          *          *


"Assalamualaikum bang. Saya nak..." Belum sempat aku menhabiskan kata-kata, dia menyampuk;

"Kum bang kum bang. Bagi salam elok-eloklah. Aku penampor karang."

"Ouhh maaf abang, maaf. Assalamualaikum abang."

"Haaa, kan ke sedap. Ape kamu nak?"

"Boleh tak bang kalau kita sembang dekat hujung koridor sana?"

"Haaa boleh-boleh. Macam besor jer kesnya ni. Kamu nak report ada budak form 1 makan megi ke?"

"Tak, macam ni. Saya nak beli nasik PUM,"

"Karang belilah dekat kiosk,"

"Saya nak tempah bang,"

"Kamu ni jambu aku simpang mane?"

"Belum register bang. Takpe bang. Ok macam ni, saya nak tempah nasi PUM dua. Dan saya akan belanja abang satu nasi PUM."

"Hmmmm. Boleh tahan tawaran tu. Dapat aku makan free malam ni. Menu dewan makan pun macam taik malam ni."

"Kira jadilah ni iya?"

"Ok, aku setuju. Dengan syarat tak ada sesiapa yang tahu melainkan kita. Biar pecah di perut, jangan di mulut."

"Ok bang,"

Maka Ibnu Jipri pun berlalu pergi. Sesekali aku perasan susuk dia ni seperti seorang kapitalis yang jahat. Badan gemuk pendek. Kalau dikenakan kot, memang sebijik.

Cukup mudah untuk aku menggunakan Ibnu Jipri ini. Sungguh mudah. Lemah sungguh jiwanya. Kahkahkah. Aku pun berlalu ke kelas dengan hati yang gembira. Sesekali aku zahirkan kegembiraan ini dengan mendendangkan lagu 'Dipancari sinar mentari' nyanyian kumpulan nasyid sekolah.



     *           *           *


Jam menunjukkan tepat pukul sepuluh setengah malam. Aku bingkas bangun dari kerusi dan mengemas beg untuk pulang ke asrama. Dalam masa yang sama, Dzamberi menghampiriku dan bertanya,

"Apa macam?"

"Setel maaa," jawabku pendek.

Kami pun berlalu pergi. Sesampai sahaja kami di dorm kami, aku nampak dua bungkus nasi tersergam indah di atas katil aku. 

"Shit, hebat juga Ibnu Jipri ni. Dah macam kartel. Kartel nasi PUM." Bermonolog aku seorang.

Bermula pada malam itu dan malam-malam berikutnya, bekalan nasi PUM untuk aku dan Dzamberi selamat. Sehingga pada satu hari, isu penjualan nasi PUM telah dibawa ke dalam mesyuarat guru-guru. Pengetua Ustaz Arifine Bin Abdollah dengan sebulat suara mamberhentikan penjualan nasi PUM. Hal ini kerana, nasi PUM menjejaskan tumpuan murid di dalam kelas. Murid selalu tertidur. Antara nama murid yang selalu tidur di dalam kelas yang selalu menjadi buah mulut guru-guru ialah aku dan Dzamberi. Cukup malang.

*jambu - adik angkat.




 






Wednesday 9 July 2014

Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana?

Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana?

Kau ini bagaimana?
Kau bilang aku merdeka,
kau memilihkan untukku segalanya,
Kau suruh aku berfikir,
Aku berfikir kau tuduh aku kafir.

Aku harus bagaimana?
Kau suruh aku bergeraklah,
Aku bergerak kau curigai,
Kau bilang jangan banyak tingkah,
Aku diam saja kau waspadai.

Kau ini bagaimana?
Kau suruh aku memegang prinsip,
Aku memegang prinsip,
Kau tuduh aku kaku,
Kau suruh aku toleran,
Aku toleran kau bilang aku plin-plan,

Aku harus bagaimana?
Kau suruh aku maju,
Aku maju kau serimpung kakiku,
Kau suruh aku bekerja,
Aku bekerja kau ganggu aku.

Kau ini bagaimana?
Kau suruh aku taqwa, 
khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa,
Kau suruh aku mengikutimu,
Langkahmu tak jelas arahnya.

Aku harus bagaimana?
Aku kau suruh menghormati hukum, Kebijaksanaanmu menyepelekannya
Aku kau suruh berdisiplin, 
Kau mencontohkan yang lain.

Kau ini bagaimana?
Kau bilang Tuhan sangat dekat,
Kau sendiri memanggil-manggilnya dengan pengeras suara setiap saat,
Kau bilang kau suka damai, 
Kau ajak aku setiap hari bertikai.

Aku harus bagaimana?
Aku kau suruh membangun, 
Aku membangun,
kau merusakkannya,
Aku kau suruh menabung, 
Aku menabung,
kau menghabiskannya,

Kau ini bagaimana?
Kau suruh aku menggarap sawah, Sawahku kau tanami rumah-rumah,
Kau bilang aku harus punya rumah, 
Aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah.

Aku harus bagaimana?
Aku kau larang berjudi, 
permainan spekulasimu menjadi-jadi
Aku kau suruh bertanggungjawab, 
kau sendiri terus berucap Wallahu A’lam Bis Showab.

Kau ini bagaimana..
Aku kau suruh jujur, 
Aku jujur kau tipu aku,
Kau suruh aku sabar,
Aku sabar kau injak tengkukku.

Aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku, 
Sudah ku pilih kau bertindak sendiri semaumu,
Kau bilang kau selalu memikirkanku, Aku sapa saja kau merasa terganggu,

Kau ini bagaimana?
Kau bilang bicaralah, 
Aku bicara kau bilang aku ceriwis,
Kau bilang jangan banyak bicara, 
Aku bungkam kau tuduh aku apatis,

Aku harus bagaimana?
Kau bilang kritiklah, 
Aku kritik kau marah,
Kau bilang carikan alternatifnya,
Aku kasih alternatif,
kau bilang jangan mendikte saja.

Kau ini bagaimana?
Aku bilang terserah kau,
Kau tak mau,
Aku bilang terserah kita, 
Kau tak suka,
Aku bilang terserah aku, 
Kau memakiku.

Kau ini bagaimana?
Atau aku harus bagaimana?

KH Mustofa Bisri.

Cukup malang.

Anekdot poligami.

Kahwin empat. Semua lelaki tak terkecuali. Mesti ada sekelumit di hati hendak berkahwin empat. Berdasarkan dalil al-Quran yang membenarkan, sunnah nabi menjadi ikutan. Mereka gunakan, bagi mematahkan hujah-hujah isteri yang lama untuk mengahwini isteri yang baharu. Payung emas sebagai ganjaran, buat bini yang beri kebenaran. Itulah dia kata-kata mereka. 

Bukanlah di sini aku hendak mempersoalkan Sunnah, mengkritik Al-Quran. Tidak sama sekali tidak. Di sini aku hanya mahu kamu berfikir. Berfikir dari sudut lain. Pernahkah kamu letakkan diri kamu di tempat isteri yang diduakan?  Pernahkah kamu bayangkan perasaan isteri yang diduakan?

Cuba kamu bayangkan, isteri boleh menduakan suami. Dan ganjaran untuk lelaki yang rela diduakan ialah kereta Bugatti emas di padang Mahsyar nanti. Vroom vroom. 

Dan bayangkan satu hari kamu pulang dari kerja. Dengan niat hendak bermesra-mesra dengan isteri kamu. Sesampai di rumah kamu lihat isteri kamu sedang malayan lelaki lain. Kamu bertanya siapa ini?! Dia menjawab, "ini lelaki nombor dua saya. Dan malam ini giliran dia. Abg baliklah rumah mak dulu,".

Pedih rasanya. Pedih. Seyugia apakan daya, Allah s.w.t tidak menurunkan ayat yang membenarkan perempuan mengahwini lelaki melebihi empat. Nasib baik.

Turunnya ayat membenarkan lelaki mengahwini perempuan lebih daripada empat ada hikmahnya. Kalau lelaki nak kahwin empat, syaratnya ialah adil. Dan maksud adil di sini luas. Sangat luasss.

Oleh itu, lelaki kena adil. Yang perempuan, hahaha. Cukup malang.

Friday 4 July 2014

Puasa adat.

Hari ini hari Sabtu. Sudah masuk hari yang ke tujuh dalam bulan mulia ini. Fasa Pertama dalam bulan Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Namun, adakah tercapai objektif kita dalam fasa yang pertama ini? Apa objektif fasa pertama? Rahmat Allah. Sudah cukupkah amalan kita selama tujuh hari ini untuk mendapat rahmat daripada Allah?

Pada dapatan saya, masih ramai di antara kita yang puasanya hanya sekadar puasa adat dan bukan puasa syariat. Tidak saya salahkan sesiapa. Mungkin dek kerana sedikit salah faham dalam agama mereka melakukan perkara sedemikian.

Apakah puasa adat? Puasa adat ialah puasa ikut-ikutan. Contoh perangai puasa adat ialah; dia puasa tetapi tidak menutup aurat. Dia berpuasa tetapi tidak solat. Dia berpuasa tetapi mengumpat dan macam-macam lagi perangai. Puasa kalau macam ini, tiada apa-apa di sisi Allah melainkan lapar dan dahaga.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apa pun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam".

Benda ini yang kita tidak mahu berlaku pada puasa kita. Tidak peroleh apa-apa melainkan lapar dan dahaga. Oleh itu, tanyalah diri kita masing-masing. Bagaimana puasa kita? Sempurnakah puasa kita? Ikhlas tak kita puasa hari ini?

Kalau tak ikhlas?
Cukup malang.