Rajinnya...

Thursday 26 March 2015

Kambek!

Salam sejahtera semua,

Sementara aku tenang walaupun aku sentiasa nampak tenang, ada masanya aku rasa aku sibuk. Sebab apa? Aku sendiri tak tahu. Berbekalkan segulung daun berintikan tembakau jawa di bibir, aku cuba islahkan idea aku bermediumkan aksara maya ini. Pertamanya, sepuluh jari aku atur kerana dah lama aku tak menulis. Minta maaf kawan, ada kala diri aku ini diselubungi dengan masalah yang bodoh.

Tak sampai sebulan lepas, aku pergi ke SSM dengan sahabat aku Alturo Patim untuk mendaftar syarikat. Setelah berbulan merencana idea bagaimana nak hidup? Apa cara nak kaya? Bolehkah kita berjaya dunia akhirat? Maka, dengan senang hati kami melangkah memanjat tangga untuk ke SSM di Angsana Mall Ipoh. Setelah selesai segala mak nenek urusan mendaftar syarikat, kami gerak ke langkah seterusnya. Iaitu mengumpul modal. Dengan langkah drastik, kami bersetuju untuk menjual alat kelui yang penting bagi kami untuk hidup di dalam dunia yang serba serbi canggih sekarang.

Dan sekarang ini, Alhamdulillah kami telah mempunyai satu empayar perniagaan yang beesar. Tak perlulah aku ceritakan kepada korang titik peluh keringat, air mata, darah kami. Cerita akan jadi spoil dan bodoh dengan benda ini. Menyesal? Terlalu sedikit. Sekali lagi aku sebut, sikit sehingga tak perlu aku sebut. Ada satu masa, yang ramai orang nampak yang kami ini sudah terlebih lauk daripada apa yang larat kami kunyah. Tapi, kami lalui semua itu. Tanpa rasa sedikit pun wasangka, kami kunyah kesemuanya. Kami ludah yang tak masak dan kami telan tanpa mengira pahit ataupun manis. 

Ada kala rasanya seperti kami sudah mati akal. Tanpa mengira segan, kami bangkit dan kami KAMBEK! Kami kambek daripada kekalahan dan mencari kemenangan yang jitu. Itu cerita kami. 

Ini pula cerita semalam, keluar aku dengan member aku ke pekan bersama dua orang awek yang masih dara. Ummph! Aku tahan. Aku tahu aku diperhati Tuhan. Diajak mereka aku untuk turut bersama mereka membeli tudung. Tanpa soal aku turutkan. Satu, sebab kawan. Dua, sebab awek. Tapi, awek ini cuma bunga dalam cerita ini. Point penting cerita ini adalah ketika mana aku lepak dengan bapak kawan aku. Tapi, aku malas nak cerita sekarang. Bila aku ingat, aku cerita balik. Cukop Malang.
     Rajah 3: #sapotsikit