Rajinnya...

Friday 15 August 2014

Merdekanyew.

Merdeka, 
Pada aku merdeka ini luas,

Bukan sekadar mengibarkan kain berjalur sahaja,
Bukan sekadar menyanyi lagu-lagu ciptaan Pak Ngah sahaja,
Bukan sekadar memenuhi Dataran Merdeka sahaja,
Merdeka lebih dari itu.

Merdeka,
Punyai pawana sendiri,
Makna dan wahana tersendiri,
Dia dekat,
Tapi jauhhh,
Dia kena rasssaaaa,
Rasa dengan hati nurani,
Minda terpuji,
Bukan jadi taik judi.

Merdeka,
Punya rupa,
Punya gaya,
Punya cara,
Bukan tak tentu hala,

Lahir merdeka bukan dengan kesenangan,
Tapi lahir dengan kepayahan yang menuntut kesetiaan,
Menuntu pengorbanan dan usaha.

Dulu merdeka kita lepas dari penjajah celaka,
Kini merdeka kencing merata-rata,
Berak tak flush,
Ini semua minda kelas ketiga,
Tiada erti prasarana kelas pertama kalau di pintu tandas awam penuh dengan nombor telefon gay yang tidak cukup kasih sayang,
Kalau begini, 
Kita belum Merdeka.

Kita bangga dengan Merdeka,
Tapi kita buang anak merata-rata,
Tebang balak macam bapak kau punya,
Rasuah bermaharajalela.

Kadang-kadang, aku rasa Malaysia ni lawak. Sebab apa, kita kata bersatu, tetapi dalam ruang komen muka buku, selalu gembar-gemburkan mimpi ngeri yg dah lama berlalu. Kenapa kena begitu? 13 Mei sekarang bukan 13 Mei dahulu. 

Angin hitam rasisme masih kencang dalam udara Malaysia. Dan kita kena berterima kasih dengan nasik lemak, roti canai, dan kuih pau. Kerana tanpa mereka, kita buntu elemen penyatuan. Salam merdeyka. Cukup malang.












Thursday 14 August 2014

Perak oh Perakku...

Sejak dua menjak ni, pergi ke stadium memang dah jadi rutin bila Bos Gaurus main dekat Ipoh. Hnff, Bos Gaurus. Sekali-sekala dengar macam celaka pun ada. Tapi, atas semangat sense of belonging aku terima seadanya nama saintifik yg dicipta oleh siapa entah untuk Perak. Terima kasih kerana rajin google nama dan lambang yang sesuai untuk skuad Perak, banyak-banyak terima kasih.

Aku ingat masa pertama kali aku jejakkan kaki ke stadium Perak. Perak menentang Perlis. Aku darjah tiga masa itu. Batak tak tentu hala masa itu. Tengok orang ramai, orang hisap rokok tak putus-putus. Berasap sesaja mulutnya macam naga Tasik Chini. Dan yang paling aku tak boleh lupa tengok orang tua mencarut.
"Pukimak kamu!",
"Ref babi",
"Butoh ref",
"Lines man main telor".
Macam-macam ragam orang dekat stadium. Itu belum masuk org jual keropok lekor, berger tak ada daging dengan air anggur tawar, macam haram.

Masa itu, alteras pun tak ada lagi. Yang ada pun gendang. Lagu pun ada dua je masa itu. Tak Ipoh Mali, laungan Perak diselangi dengan paluan gendang beberapa kali. 

Khalid Jamlus, Indra Putra, Liew Kit Kong, V. Saravanan, Chan Weng Hong dan lain-lain. Mereka ini antara nama besar dalam Skuad Seladang pada zaman itu. Pengurus pasukan, Datuk Jamal Nasir dan Jurulatih, Toni Netto. Pada aku, zaman ni kira zaman emas buat Skuad Seladang. Best betul masa itu. Dan kena ingat, benda naik sampai masa akan turun juga. Turunnya bola sepak Perak adalah kerana rasuah. Main bola power, tapi otak cetek, tu yang makan rasuah tu. Ataupun mungkin mereka terpaksa, aku pun tak tahu.

Itu duluuu, sekarang lain pula ceritanya. Masalah rasuah pun dah kurang, macam dah tak ada. Player semua main bagus, nampak yang mereka ini berusaha. Dah elok pemain bagus, datang pulak bangangnya dari pihak pengurusan. Apa antara contoh kebangangan yang pengurusan buat? Ahhh! Malas aku nak tulis. Kalau korang nak tahu, sokonglah bola sepak Perak. Nanti tahulah korang. Cukup malang.

Tuesday 12 August 2014

Kalau aku kaya...

...Dulu, cikgu dekat sekolah selalu suruh buat karangan tentang 'Kalau aku kaya...'. Pada masa itu, otak aku masih lagi belum boleh menjana idea-idea yang matang kalau aku kaya. Aku akan tulis aku nak beli rumahla, nak beli keretala, nak bantu anak yatim dan lain-lain. Semua idea tipikal budak-budak.

Bila dah besar sekarang ini, otak pun dah semakin laju, berfikir dengan matang, dah semakin cerdik. Maka, kalau tiba-tiba datang orang bank ke rumah aku bagi cek 5 billion, benda pertama yang akan aku buat adalah aku pergi bank balik, aku setel hutang mak bapak aku dulu. Hutang rumah, hutang kereta dan segala hutang yang ada. Akan aku bakul sampahkan hutang. Semua benda lepas ini aku bayar cash. Itu satu.

Yang kedua, aku nak repair kereta aku. Aku tahu ramai akan cakap kenapa tak beli kereta lain? Memang aku boleh beli. Tetapi, nilai sentimental yang ada pada kereta saga BLM aku tidak ada harganya. Aku cat lain kereta itu, servis air cond, tukar sport rim, letak turbo, dan macam-macam lagilah. Lepas tu baru aku beli kereta baru. Orang kayalah katakan. 

Tapi kena ingat, ini semua pinjaman sahaja. Aku tahu, 'kalau aku kaya...' ni satu benda yang subjektif. Saaangat subjektif. Banyak benda yang kita boleh buat kalau kita kaya. Kalau kaki kereta lain gayanya. Kaki motor lain gayanya. Kaki judi, kaki saham, dan bermacam kaki lagilah. 

Duit memang buat kita kaya. Tapi, yang lebih penting lagi adalah kehidupan. Kehidupan yang buat kita kaya. Dan kita kena ingat sama ada miskin atau kaya, dua-dua benda ini adalah ujian untuk kita. Dan ingat, tak semua benda boleh beli dengan duit. Contohnya nilai sentimental pada kereta aku tadi. So, setakat ini saja. Cukup malang.