Rajinnya...

Tuesday 23 December 2014

Jalan-Jalan

Tiap hari aku merayau, hujan panas tak aku hirau. Tengah sedap aku merayau, mata aku terpana dekat satu awek. Dengan seragam jururawat ditambah lagi muka yg manis ala-ala Pevita Pearce amat kena sekali dengan cita rasa aku. Berbekalkan semangat anak muda, aku cuba menyapanya.

'Asalamualaikum, 
Makan nasi dengan Aziz Satar,
Minum kopi di Kedai Abdoh,
Rusuk kiri rasanya getar,
Adakah ini dinamakan jodoh...', sapa aku.

Lalu, dia pandang aku lama seraya berkata,'rusuk kiri bergetar konon. Itu, speaker masjid dah bergetar tu. Pergi sembahyang'.

Aku terus pergi masjid seraya aku tampo muka pak Bilal. Dia cuba membalas, tapi aku lagi hebat menangkis.

'Kamu ape hei?', tanya Bilal.

'Yg bodoh pergi test mikropon pukul 10 ni ape ke hei?!'.

Cukup malang.












Monday 22 December 2014

Cinta sampai mati.

Baru tadi Celsi menang ke atas Stoke dengan dua jaringan tanpa balas. Daebak Celsi. Masih lagi segar dalam ingatan aku watak Hayati yg dilakonkan oleh Pevita Pearce yang berjanji kepada kekasihnya Zainuddin(lakonan Herjunot Ali) dia akan menunggu kepulangannya walaupun berapa lamanya Zainuddin pergi meninggalkan kampung Batipuh. Berbekalkan semangat yg dizahirkan dengan selendang pemberian Hayati, Zainuddin beransur pergi ke Padang Panjang setelah dihalau oleh Ketua Adat Batipuh, tanah tumpah nenek moyangnya.

Setelah berbulan di Padang Panjang, Hayati diberi izin ke Padang Panjang untuk menonton perlumbaan kuda oleh mamaknya. Dia berjanji kepada Zainuddin untuk bertemu dengannya setiap hari sepanjang temasya itu. Namun, janji hanya tinggal janji. Hayati dibutakan dengan kekayaan sahabatnya Khadijah. Perlahan-lahan perangainya berubah bagaikan belakang parang, makin diasah, makin tajam. Terkejut Zainuddin dengan perubahan mengejut Hayati. Hayati yang dikenalinya dahulu merupakan seorang perempuan Minang yang penuh dengan sopan santun. Terguris hati Zainuddin.

*  *  *

Beberapa waktu kemudian, Zainuddin menghantar sepucuk surat kepada Ketua Adat Kg.Batipuh. Tujuan surat itu ditulis adalah untuk meminang Hayati. Tetapi sayang, Hayati lantas menerima pinangan abang kepada Khadijah, Aziz. Perkahwinan ini amat disetujui oleh Ketua Adat Batipuh karena Aziz ini berdarah Minang, kaya, dan berpengaruh. 

*  *  * 

Dua bulan lamanya Zainuddin makan hati berulamkan jantung. Sengsaranya menanggung kekecewaan cinta selepas menerima surat dari Hayati yg mengatakan perkahwinan ini bukan paksaan tetapi atas pilihannya sendiri. Dengan kata-kata semangat Abang Muluk, Zainuddin kembali bangkit. Melupakan segala pahit getir kisah percintaannya dan memilih untuk meneruskan hidup. Bersama Abg Muluk, dia berangkat ke Surabaya. Di sana, Zainuddin berkerja sebagai penulis untuk syarikat akhbar. Semakin hari semakin ramai peminat akan tulisannya yang bertajuk 'Terusir'. Dari tulisan akhbar ke novel lalu ke pentas teater majunya tulisan hikayat Zainuddin...

•       •       •

Ahhhhh! Hebat sungguh hikayat tulisan Hamka. Kalau diikutkan jalan cerita, kisah ini klise. Cinta tiga segi. Tapi gaya bahasa, adat minangkabau, peradaban Belanda jelas dan jitu dalam hikayat ini. Aku cuba pakai kasut Zainuddin. Tetapi aku rasa macam tak mampu nak jalan jauh. Aku harap aku tak lalui apa yang Zainuddin lalui. Dan kalau nak sambungan, boleh baca novel atau tonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Cukuup Malang.


   Rajah 89: Abg Muluk dan Zainuddin.







Friday 12 December 2014

#KhutbahKop

Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan – Nya dan meninggalkan segala larangan – Nya. Mudah – mudahan kita semuanya menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta terselamat di dunia dan selamat di akhirat.

Sidang Jumaat sekalian,
Khutbah yang akan disampaikan oleh mimbar pada Jumaat ini bertajuk 'Di mana silapnya kita sebagai umat Islam?'.
Sejak wafatnya Nabi Muhammad s.a.w, telah banyak kebobrokan muncul dalam dunia Islam. Semakin jauh Nabi s.a.w meninggalkan kita, semakin meruncing masalah dalam Islam. Sedangkan dahulu umat Islam merupakan Khudwatun Hasanah. Satu contoh yang baik kepada umat-umat dan penganut agama lain.

Sidang Jumaat sekalian,
Sekarang ini kita dapat lihat, kerosakan dalam Islam semakin parah. Dan apabila kita sedar akan keparahan kerosakan ini, kita tuding jari kepada agama lain. Apakah agama lain yg merosakkan Islam atau umat Islam sendiri yang merosakkan Islam? Allah berfirman dalam Al-Quran bahawasanya tidak akan berubah nasib sesuatu umat itu jika mereka tidak berbuat sesuatu untuk mengubah nasib mereka.

Sidang Jumaat yg dirahmati sekalian,
Dalam melahirkan generasi Islam Khudwatun Hasanah haruslah bermula dari Institusi keluarga. Ibu bapa harus didik anak mereka dengan jalan yg betul dan lurus. Didiklah anak-anak dengan ilmu agama. Jauhilah mereka daripada perkara-perkara lagha. Kita lihat di kaca televisyen pada hari ini. Masih banyak lagi program-program realiti yg dianjur utk kanak-kanak. Jgn kita salahkan pihak penganjur. Tapi salahkan ibu bapa yg bodoh membawa anak bertanding dlm program tersebut.

Mimbar juga berpesan  kepada sidang Jumaat sekalian agar tidak membuang masa dengan merempit, menghisap gam, dan lain-lain. Kalau masih ada anak-anak muda yg bodoh sebegini, macam mana kita nak jadi umat yang Khudwatun Hasanah?

بارك الله لى ولكم في القرءان العظيم، ونفعنى وإياكم بمافيه من الايات والذكر الحكيم، وتقبل مني ومنكم تلاوته انه هو السميع العليم، أقول قولى هذا وأستغفر الله العظيم لى ولكم، ولسائر المسلمين والمسلمات، والمؤمنين والمؤمنات، فاستغفروه فيا فوز المستغفرين و يا نجاة التائبين.








Thursday 11 December 2014

العادلة

Adil. Sejak aku habis sekolah, aku tak pernah rasa hidup ini adil. Yang adil hanya Allah. Dia maha adil. Dan dia adil dengan cara dia sendiri. Kalau kau kata hidup ini adil. Bagi aku contoh, dan aku akan menerima idea kau. Sebab aku cuba jadi adil, bukan maha adil. 

Aku tak pernah sesekali judge orang yang dapat lebih dari aku. Contoh member serumah aku. Baru petang tadi dia keluar kereta Mercedes dia. Aku rilek. Tak sikit pun aku bising. Nak cakap bapak dia rasuah ke? Apa ke? Tapi kenapa orang yg dapat kurang dari aku nak judge aku? Ape ke pantatnya?!

Ada masa aku rasa nak cakap lepas. Nak saja aku cakap yg bapak dia bodoh. Sebabkan perjuangan kepartian, nafkah anak bini entah ke mana. Tapi aku masih ada rasional tak nak cakap macam itu. Hidup memang tak adil. Tapi Allah mengatur kehidupan kita dengan adil. Apa kau ada tak semestinya aku ada. Dan apa aku ada tak semestinya kau ada. Kita adil sebab apa? Sebab ada Allah. 

Kenapa Sunnah persoal Syiah? Kutuk Syiah?(Aku bukan org Syiah). Kenanpa? Tak boleh ke berpegang dengan ayat 'La kum dinukum waliyadin'. Kes nama Allah pun nak kecoh. Pasal apa tak petik kes penggunaan nama Abah? Kau tak boleh panggil bapak kau Abah. Sebab apa? Sebab aku panggil bapak aku Abah. Nanti aku keliru. Aku akan ingat bapak kau ialah bapak aku. Sebab panggilan sama. Shit sungguh. Jadi? Dekat mana keadilan? Aku tak tahu. Cukup Malang.

              Gambar sekadar hiasan.







Sunday 7 December 2014

Tahun yang panjang.

Tahun 2014 sudah hampir ke penghujungnya. Dan bermacam-macam benda gampang yang singgah dalam hidup aku juga masyarakat lain yang menetap di Planet bertuah iaitu Bumi. Jadi, aku nak recap balik benda-benda yg aku sendiri lalui dalam tahun 2014 ini.
Untuk menyedapkan lagi tulisan marginal aku yg bakal dibakulsampahkan, aku menggelarkan tahun 2014 sebagai 'Tahun Yang Panjang'.

Januari 2014
Dalam bulan ini, benda yang paling aku ingat sekali adalah penukaran gajet aku dari Iphone 4s kepada Iphone 5s. Ini merupakan satu anjakan paradigma pada aku sebab aku telah menemui sifat tidak pernah rasa cukup dalam diri aku. Dan sampai hari ini aku tak pernah menyesal atas dasar aku perlukan Iphone 5s dan bukannya aku saja-saja beli. Dan utk pengetahuan, aku beli pakai duit PT.
Dan satu lagi sifat baru yg aku temui, seleweng duit.

Februari 2014
Pada bulan ini aku sedang melalui peperiksaan akhir semester. Masa aku tengah sibuk mengulangkaji, mengulang ayat-ayat dan hadis-hadis. Target aku pun tak besar untuk semester ini. Kalau ada rezeki adalah. Jadi, ini saja yang aku ingat untuk bulan ini.

March 2014
Pada tanggal 8 March, seluruh dunia digemparkan dengan kehilangan MH370.
Aku pun terkejut. Semua orang terkejut.
Pada bulan ini juga, kita dapat melihat pakar-pakar aviation yg baru dan lama berganding bahu dalam ruang komentar di laman sosial Facebook dalam mencari pesawat MH370. Bermacam-macam khabar angin yang berlegar di laman-laman sosial, di dada akhbar dan kaca tv.
Pada bulan ini juga berlangsungnya game Hoki Piala Soltan Azlan Shah di Ipoh. Pasukan Malaysia layak ke perlawanan akhir berentap dengan Australia. Tapi sayang, Malaysia kalah 
8-3. Bulan ini juga berlangsungnya PRK Dun Kajang. Kecoooh deme, mula-mula DSAI nak bertanding, BN pula petik balik kes palam ponggong. Lebuh DSAI.

April 2014
Pesawat MH370 masih belum dijumpai. Dan pada bulan ini juga bermulanya cuti semester aku yang panjang. Enam bulan lamanya. Start pada ini, aku rileks dan enjoi the show.

Mei 2014
Pesawat MH370 masih belum dijumpai. Awal bulan ini, aku gerak ke Teluk Intan untuk berjumpa dengan sahabat lama dan sahabat handai yang lain. Dan aku masih bercuti dan masih melepak main Iphone 5s.

Jun 2014
Pesawat MH370 masih lagi belum dijumpai. Pada bulan ini, seluruh marga-marga di dunia ini tertumpu kepada Piala Dunia yang berlangsung di Brazil. Semua orang eksaited. Masing-masing dengan prediction masing-masing. Semua orang Malaysia memilih utk menyokong negara orang tanpa menghiraukan perasaan Spiq Rahim dan Safee yg menunggang. Secara rasminya tertubuh blog ini pada bulan Jun. Pawer betoi! Dan bulan ini juga bermulanya semester khas aku. Saja aku ambil. Masa itu emas. Bulan ini juga bermulanya bulan Romadhon. 'Kutiba alikumussiyam kamaa kutiba 'alallazina min qabblikum'. 

Julai 2014
Luka MH370 masih lagi berplaster, ditoreh pula kita dengan luka yang baru. Peswat MH17 yang berlepas dari Amsterdam dipercayai telah ditembak jatuh di Ukraine. Salah siapa? Aku pun tak tahu. Dan takziah kepada keluarga mangsa. Pada bulan ini juga, pasukan Jerman telah melakar sejarah dengan memenangi welkap yg ke-4. Tahniah Jerman. Dan hari raya tahun ini disambut hambar oleh seluruh rakyat Malaysia. Masa ini Malaysians masih ingat lagi tragedi dua pesawat itu. Kalau tak silap aku, bulan ini juga viralnya video Kiki CDM25. Perempuan susah nak jumpa yg rasional. Semua emosional.

Ogos 2014
MH379 masih tak jumpa-jumpa. Bulan kemerdekaan. Kemerdekaan tahun ini yang bertemakan 'Di sini lahirnya sebuah cinta'. Sehubungan dengan tema ini, maka ramai member-member aku yg pakai celcom caller ringtonenya lagu 'Di sini lahirnya sebuah cinta'. Sambutan Merdeka ala kadar saja(Ala kadar pun berjuta juga habis). Ala kadarlah demi menghormati keluarga mangsa MH370 dgn MH17. Di Selangor, Khalid Ibrahim letak jawatan. Krisis Selangor selesai. Azmin Ali calon MB.

September 2014
MH370 masih belom dijumpai. Bermulalah semester baru aku. Masa bulan ini, negeri Selangor paling kecoh. Tiba-tiba orang UMNO sokong Khalid Ibrahim. Boleh-boleh pula. Manakala Azmin Ali, dia naik jadi MB Selangor. 

Oktober 2014
Manalah perginya MH370. Masa bulan ini, pencarian MH370 diberhentikan. Najib balik rumah makan nasi. Lepas itu, heboh pula orang-orang cina nak anjur Oktoberfest. Yang pelik, orang Melayu pula lebih-lebih. Yang minum Melayu ke Cina dengan India? Tak setel Oktoberfest, berbunyi pula kes I Want To Touch A dog. Sibuk pula Ustazah dgn Ustaz google keluar fatwa dekat Facebook. Yg ini kata boleh, yg ini kata harang. Hok mano satu betoi ambe pong dop tahuu. 

November 2014
Selamat hari jadi kepada aku. Pawer bulan ini. Nak tahu sebab apa pawer? Satu aku lahir bulan ini. Dua, bulan ini Malaysia tengah kecoh dengan LGBT. Sebut saja LGBT dalam kepala nampak muka DSAI. Sapa punya kepala? Org UMNO punyalah. Kahkahkah! Dan tiga, bulan ini bermulanya Perhimpunan Agong UMNO. Habis semua chanel TV cerita pasal UMNO saja. Adik aku siap boleh hafal lagu UMNO lagi. Betapa pawernya UMNO. 

December 2014
Bulan ni adalah bulan peperiksaan akhir semester. Aku tak adalah sibuk sangat. Semua macam biasa. Tapi kadang-kadang aku sibuk memikirkan nak jadi apa tahun depan. Aku fikir-fikir sampai tertidur. Dah lama tidur, aku terjaga. Aku dikejutkan oleh Santa Claus. Lalu aku tanya dia, 'mung buat gapo male-male ni?'
'Tak dop gapo. Ni ambe nak tanye se soklang ke mung ni, boleh dop?', tanya Santa Claus.

'Gapo dio soklangnye?', aku tanye balik.

'Apekoh hukung menerime hadioh dari santang claus?', tanya dia laju.

'Ouhhhh soklang cari baloh belakee. Die gini, harang hukung nye sebak ambe org Islang, Santang Claus bukangggggg, deh.'

'Ouhhhh gitungg. Dok gape le ambe kelik dulu deh.'

'Looorh bakpe kelik? Hadioh pade ambe takdop ke?'

'Mu oghang Islang. Mano buleh. Ouhhh berat nanang. Dok rok cetong sunggoh!

Santa Claus berlalu pergi. Sambil berlalu dengan kereta luncur dia itu, sempat dia ucapkan selamat tahun baru dekat aku. Hadioh pom dok dapat.


Cukop Malang bohhh. Lalu aku terjaga. Mimpi rupanyaaa.

Cukup malang.

   Illustrasi 1: Hang Tuah kontemporari.









Wednesday 19 November 2014

Tanpa Tajuk.

Lepas solat Isyak berjemaah, aku dengan beberapa ahli jemaah tabligh Nothern Region bercadang nak pergi menom-menom dekat kedai Haji Ali. Dalam perjalanan, kami ternampak dua ekor kutu tengah bergaduh pasal makwe. Aku dengan ahli jemaah lain perhati je deme sambil memikirkan kenapa deme bergaduh sambil menjerit-jerit, sedangkan muka bertemu muka. Sembang pelan-pelan pun dengar. Lalu seorang daripada ahli jemaah tabligh bertanya kepada aku, 'wahai Aiman Marbawi, kenapa mereka bergaduh sambil menjerit-jerit?'. Dalam keadaan tenang dengan kebijaksanaan dan kesaksamaan, aku mengajak mereka duduk di bawah lampu jalan. Aku suruh deme buat halaqah. Duduk dalam bulatan. Sambil berselawat mereka patuh akan arahan aku.
Aku mulakan hujah aku dengan pertanyaan, 'Agak-agak entum semua, mengapa mereka bergaduh sambil menjerit macam setan di situ?' 
'Mungkin mereka hilang pertimbangan dan tidak dapat berfikir dengan rasional, akhi.' Jawab salah seorang.
Dengan tenang aku menggelengkan kepala aku. Dan semua ahli jemaah berpandangan sesama mereka sendiri sambil berbisik-bisik. Aku tahu mereka berkehendakkan jawapan. 
Tanpa mengendahkan bisikan mereka, aku bersuara. 'Apabila dua orang itu marah dan bergaduh, maka hati mereka akan jauh. Disebabkan hati sudah jauh, maka mereka akan menjerit-jerit memarahai satu sama lain. Semakin mereka marah, semakin jauh hati mereka dan semakin kuat jeritan mereka'.
'Cuba kita lihat orang yang sedang bercinta, mereka tidak akn terjerit-jerit ketika bersembang. Sebaliknya, mereka akan bercakap secara lembut-lembut. Kerana apa? Kerana hati mereka sudah dekat. Dan apabila mereka mencintai pasangan mereka dengan lebih lagi, apa berlaku?'
'Jimak,' jawab salah seorang daripada mereka. Dengan tenang aku tapak ubun-ubun dia.
'Salah! Apabila cinta sudah kuat, tanpa berbisik, mereka sudah tahu apa perasaan kekasih mereka' jelas aku.

Mereka memandang aku kagum. Perlahan-lahan bergenang air mata mereka. Serentak mulut mereka berkata 'Masya Allah'. Lalu, aku bangun dan berlari menghilangkan diri dalam kepekatan malam. Nak berak!
Cukup malang.

Ilustrasi 1 : Sekadar gambar hiasan.

Monday 3 November 2014

hipoTESIS TESIS antiTESIS

Dari pagi sampai ke petang lepak bersama Martin Lutong King dengan Kirk Himmet. Macam-macam idea yang mereka utarakan dekat aku. Antaranya nak buat jambatan dari Lumut ke Banda Aceh. Senang sikit nak pergi makan Bakso Solo dekat sana. Aku pandang berat dengan idea itu kerana nak jadi pawer berfikir pun kena pawer. Tok wan aku tak pernah fikir pun nak buat KLCC dulu. Sekarang dah ada. Aku tak akan terkejut satu hari nanti Lutong King akan jadi seorang yang berjaya dan melupakan tuhan. Kahkahkah!

Usai sesi lepak melepak sampai lepik, aku pecut laju Sagantador aku. Merah lampu isyarat tidak aku endah. Sebab aku sedar, ada kerja celaka yang sedang menunggu di rumah. Lepak-lepak juga, hal belajar aku tak ambil ringan. Iya, memang belajar ini jihad. Sebab apa jihad? Sebab yang akan korang dapat nanti hanyalah sekeping sijil dan ilmu di dada yang bakal korang gunakan untuk menindas golongan-golongan marginal. Tak lupa juga hutang PUKIPUKIAng dan masa 3-4 tahun yang terbuang. Itu saja dan tidak apa yang menguntungkan untuk kau di dunia ini. Sebab itu belajar ini jihad. Fresh graduate ijazah gaji 1800 ke 2200 apa barang bro. Macam mana nak beli hali devidson.
Kena ingat itu.

Sekarang ini aku dah hujung-hujung zaman belajar. Untuk mendapatkan segulung diploma untuk aku tunjuk-tunjuk dekat jiran aku nanti, aku perlu membuat satu kajian tentang permasalahan dan penyelesaian nafkah. Perlahan-lahan aku fikir apa yang aku nak buat. Apa latarbelakang kajian aku? Apa objektif kajian aku? Apa persoalan kajian aku? Apa skop kajian aku? Tapi apa yang terlintas dalam fikiran aku adalah apa yang akan aku buat bila tesis dah siap. Dan satuu je jawapan yang terlintas. Aku nak bakar tesis aku. Aku nak bakaaaarrr!

Cukup Malang.