Rajinnya...

Wednesday 19 November 2014

Tanpa Tajuk.

Lepas solat Isyak berjemaah, aku dengan beberapa ahli jemaah tabligh Nothern Region bercadang nak pergi menom-menom dekat kedai Haji Ali. Dalam perjalanan, kami ternampak dua ekor kutu tengah bergaduh pasal makwe. Aku dengan ahli jemaah lain perhati je deme sambil memikirkan kenapa deme bergaduh sambil menjerit-jerit, sedangkan muka bertemu muka. Sembang pelan-pelan pun dengar. Lalu seorang daripada ahli jemaah tabligh bertanya kepada aku, 'wahai Aiman Marbawi, kenapa mereka bergaduh sambil menjerit-jerit?'. Dalam keadaan tenang dengan kebijaksanaan dan kesaksamaan, aku mengajak mereka duduk di bawah lampu jalan. Aku suruh deme buat halaqah. Duduk dalam bulatan. Sambil berselawat mereka patuh akan arahan aku.
Aku mulakan hujah aku dengan pertanyaan, 'Agak-agak entum semua, mengapa mereka bergaduh sambil menjerit macam setan di situ?' 
'Mungkin mereka hilang pertimbangan dan tidak dapat berfikir dengan rasional, akhi.' Jawab salah seorang.
Dengan tenang aku menggelengkan kepala aku. Dan semua ahli jemaah berpandangan sesama mereka sendiri sambil berbisik-bisik. Aku tahu mereka berkehendakkan jawapan. 
Tanpa mengendahkan bisikan mereka, aku bersuara. 'Apabila dua orang itu marah dan bergaduh, maka hati mereka akan jauh. Disebabkan hati sudah jauh, maka mereka akan menjerit-jerit memarahai satu sama lain. Semakin mereka marah, semakin jauh hati mereka dan semakin kuat jeritan mereka'.
'Cuba kita lihat orang yang sedang bercinta, mereka tidak akn terjerit-jerit ketika bersembang. Sebaliknya, mereka akan bercakap secara lembut-lembut. Kerana apa? Kerana hati mereka sudah dekat. Dan apabila mereka mencintai pasangan mereka dengan lebih lagi, apa berlaku?'
'Jimak,' jawab salah seorang daripada mereka. Dengan tenang aku tapak ubun-ubun dia.
'Salah! Apabila cinta sudah kuat, tanpa berbisik, mereka sudah tahu apa perasaan kekasih mereka' jelas aku.

Mereka memandang aku kagum. Perlahan-lahan bergenang air mata mereka. Serentak mulut mereka berkata 'Masya Allah'. Lalu, aku bangun dan berlari menghilangkan diri dalam kepekatan malam. Nak berak!
Cukup malang.

Ilustrasi 1 : Sekadar gambar hiasan.

Monday 3 November 2014

hipoTESIS TESIS antiTESIS

Dari pagi sampai ke petang lepak bersama Martin Lutong King dengan Kirk Himmet. Macam-macam idea yang mereka utarakan dekat aku. Antaranya nak buat jambatan dari Lumut ke Banda Aceh. Senang sikit nak pergi makan Bakso Solo dekat sana. Aku pandang berat dengan idea itu kerana nak jadi pawer berfikir pun kena pawer. Tok wan aku tak pernah fikir pun nak buat KLCC dulu. Sekarang dah ada. Aku tak akan terkejut satu hari nanti Lutong King akan jadi seorang yang berjaya dan melupakan tuhan. Kahkahkah!

Usai sesi lepak melepak sampai lepik, aku pecut laju Sagantador aku. Merah lampu isyarat tidak aku endah. Sebab aku sedar, ada kerja celaka yang sedang menunggu di rumah. Lepak-lepak juga, hal belajar aku tak ambil ringan. Iya, memang belajar ini jihad. Sebab apa jihad? Sebab yang akan korang dapat nanti hanyalah sekeping sijil dan ilmu di dada yang bakal korang gunakan untuk menindas golongan-golongan marginal. Tak lupa juga hutang PUKIPUKIAng dan masa 3-4 tahun yang terbuang. Itu saja dan tidak apa yang menguntungkan untuk kau di dunia ini. Sebab itu belajar ini jihad. Fresh graduate ijazah gaji 1800 ke 2200 apa barang bro. Macam mana nak beli hali devidson.
Kena ingat itu.

Sekarang ini aku dah hujung-hujung zaman belajar. Untuk mendapatkan segulung diploma untuk aku tunjuk-tunjuk dekat jiran aku nanti, aku perlu membuat satu kajian tentang permasalahan dan penyelesaian nafkah. Perlahan-lahan aku fikir apa yang aku nak buat. Apa latarbelakang kajian aku? Apa objektif kajian aku? Apa persoalan kajian aku? Apa skop kajian aku? Tapi apa yang terlintas dalam fikiran aku adalah apa yang akan aku buat bila tesis dah siap. Dan satuu je jawapan yang terlintas. Aku nak bakar tesis aku. Aku nak bakaaaarrr!

Cukup Malang.

Thursday 30 October 2014

CMHO

Salam semua kawan-kawan yg aku tahu dan yg aku kenal dan yg aku tak tahu dan yg aku tak kenal(aku kawan dgn semua orang). Hari ini, jadual aku padat dengan program-program kemanusiaan anjuran Cukup Malang Health Organization yang bertempat di kediaman rasmi aku. Tujuan aku mengadakan program ini sebenarnya adalah untuk menyedarkan masyarakat bumiputera tentang virus Ebola yang semakin hangat disebut-sebut di kaca televisyen dan di dada akhbar. Dan aku bersyukur kerana ramai yang mengambil tempat dalam program ini.

Pada masa yang sama, datang seorang wartawan dari United Kingdom mewakili media akhbar Guardian meminta pandangan aku tentang Anwar Ibrahim sodomy trials and reaction from Universiti Malaya. Aku termenung panjang dengan soalan ini. Aku hirup kopi Janda perlahan untuk aku memikirkan jawapan. Setelah bersedia, cawan aku letak ke atas meja lalu aku berkata, saya neutral dalam perkara yang samar seperti kes ini demi menjaga diri dan nama baik keluarga saya di dunia dan di akhirat. Saya tak boleh sokong dan tentang mana-mana pihak dan saya tidak mahu ambil risiko. Itu satu. Dan tentang reaksi pelajar di Universiti Malaya tempoh hari, saya rasa itu hak mereka. Dan rantai pagar tak akan putus kalau pihak UM memberi kerjasama. Ini semua hak kebebasan bersuara. Dan pelajar sepatutnya sudah bersedia dengan cutter untuk potong rantai pagar, barulah tak nampak celaka sangat.

Wartawan itu mengangguk sambil jurugambarnya mengambil beberapa gambar aku. Dan aku menambah lagi dengan nasihat kepada pelajar UM agar meneruskan perjuangan kepartian mereka dan ideologi mereka, jangan bila dah habis belajar segala perjuangan mereka padam setakat itu sahaja. Dan lagi satu, bila membabitkan pagar yang berantai, jangan lupa bawa cutter. Itu sahaja.

Waratawan bermata biru itu mengucapkan terima kasih dan berlalu, perlahan-lahan dia hilang daripada pandangan aku menyelusuri peserta-peserta yang hadir. Tangan aku menyeluk poket mencari rokok, rupanya aku tak beli lagi. Cukup malang.
     Rajah 1.1. Tokoh emansipasi di       kediamannya di Ipoh

Saturday 11 October 2014

Ketandusan Ide.

Kita lihat darsawarsa ini, negara kita macam tak ada sesuatu benda atau ide yang baru yang tercipta daripada buah akal rakyat Malaysia. Tapi, pernah atau tidak kita bertanya kepada diri kita sendiri, mengapa? Dahulu zaman selepas Merdeka, negara kita mempunyai ramai ahli-ahli intelektual, rausyanfikir, dan inteligensia. Mereka ini memainkan peranan dalam menelaah masalah masyarakat serta mencadangkan ide-ide untuk penambahbaikkan. Tetapi, sejak kebelkangan ini, mereka seolah-olah dikembirikan ataupun mengenbirikan diri mereka sendiri. Dan persoalannya mengapa?

Pada pendapat aku, banyak intelektual negara kita yang telah dibeli oleh kekuasaan. Jangan ambil pandangan aku ini bulat-bulat. Nak tahu lebih, baca buku. Aku buat teori ini berdasarkan kisah Ahmad Ibn Hambal yang tanpa berbasa-basi mengkritik pemerintahnya. Dia menegakkan kebenaran dan melawan penindasan. Namun, kritikan yang dilontarkan olehnya pahit didengar oleh pemerintah tersebut. Namun, Ahmad Ibn Hambal tidak melarikan diri daripada tanggungjawabnya. Lantas, dia dipenjarakan oleh pemerintah yang zalim itu dan kini menjadi catitan penting dalam sejarah. 

Oleh kerana banyak intelektual kini ditawan oleh kuasa politik maka, masyarakat Malaysia seolah-olah ketandusan idea dan tidak ada rasa hargai pada ilmu. Dan kebanyakan universiti yang sepatutnya menjadi tempat anak-anak watan mengembeleng tenaga untuk menemukan idea baru hanya menjadi sebuah kilang untuk melahirkan graduan yang boleh memenuhi keperluan pembangunan lahiriah sesebuah negara. 

Sementara itu, pihak yang memerintah juga mengambil tindakan yang keras dan zalim menyebabkan masyarakat lemah pemikiran dan ketandusan idea baharu, tiada ruang untuk kritik, dan boleh menjurus kepada keruntuhan tamadun dan kaumnya. Suasana seperti ini tidak upaya untuk membangunkan sebuah tamadun yang utuh. Dan para pemerintah kena ingat, hempedu itu ubat. Dan tidak semua benda manis, baik untuk kesihatan.

Cukup malang.













Aplikasi apass

Zaman sekarang ni semua dah serba moden. Aku moden, kau moden, dia moden, kita moden. Dan tak boleh kalau sehari kita hidup tanpa satu teknologi. Oleh kerana terlalu banyak teknologi yang dicipta oleh manusia, kita semakin alpa dan ingka. Kadang kala, kita seolah-olah tidak menggunakan teknologi itu dengan sebetulnya. Bila teknologi tidak digunakan secara berhemah, maka kita akan dapat impak yang negatif. Itu satu.

Banyak antara kita yang menggunakan teknologi sebagai satu medium untuk kita berdakwah. Dan sebagai seorang yang menganuti agama Islam, adalah wajib ke atas kita untuk berdakwah sesama kita dan juga kepada golongan bukan Islam. Tapi, bila kita berdakwah kita kena ingat dan tahu batas-batas dakwah. Kita berdakwah sebenarnya nak mengajak orang supaya menjadi seorang Islam yang berkualiti dan bukan sekadar mencari kuantiti semata-mata. Kadang-kadang terzahir juga sifat riak dan sombong di kalangan pendakwah itu sendiri. Dan kepada para daie sekalian, semoga kita lebih berhati-hati dalam berdakwah. Aku salute kerja amal antum semua.

Zaman sekarang ini, banyak anak-anak muda yang mempunyai pemikiran-pemikiran baharu yang drastik dan luar kotak. Ada antara mereka yang mempersoalkan kepimpinan Najib. Ada yang kritik secara terbuka kepimpinan beliau. Oleh kerana tiada akta Internet dan akta yang boleh menghalang kebebasan suara, mereka mengambil alternatif dengan menggunakan akta hasutan untuk menangkap orang-orang yang mengkritik hebat kerajaan Barisan Nasional. Dan pada saya ini satu kezoliman.

Oktoberfest muncul lagi. Dan yang peliknya kenapa tiba-tiba orang politik nak berbunyi sedangkan Oktoberfest tiap-tiap tahun diadakan sejak tahun 1810 lagi. Kalau mengikutkan sejarah, pesta Oktoberfest merupakan pesta tahunan yang diadakan di Bravia, German. Jadi, kita hidup di Malaysia, sebuah negara yang berbilang kaum. Golongan muslim ada dan golongan bukan muslim pun ada. Apa masalahnya kalau pesta ini diadakan di Malaysia hanya untuk golongan bukan muslim. Takut bencana Allah? Kilang Carlsberg dekat Shah Alam itu bila nak dirobohkan?

Penggunaan Whatsapp. Dulu aku suka aplikasi ini. Mudah untuk aku berhubung dengan kawan-kawan. Aplikasi ini juga menyediakan perkhidmatan percuma(buat masa ini). Tapi, aku tak puas hati dengan satu benda. Program whatsapp berkumpulan. Aku rasa macam tak ada sebab buat kumpulan whatsapp hanya sekadar nak share maklumat JPJ, sekatan jalanraya PDRM, gambar-gambar bodoh. Sepatutnya kita gunakan kumpulan whatsapp untuk bertanya khabar dengan kawan-kawan yang jauh. Apa salahnya kalau kawan-kawan yang belajar di luar negara berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan dalam kumpulan whatsapp. Takkan nak tunggu balik Malaysia baru nak cerita. Dan bila berlaku selisih pendapat antara ahli, maka semua ahli lain senyap. Kenapa mesti macam itu? Dan akhirnya aku left. Kahkahkah!

Cukup malang.






Wednesday 8 October 2014

Super bergaya.

Ni aku, corp. Cik Tong mungkin sedang menganjing rakan-rakan dia di twitter. Itu memang kerjaya dia sepenuh masa dan aku tak dapat menghalangnya. Kome rilek sekejap, aku nak bakar rokok dulu. Ada rokok baru mencanak sikit akal aku nak menulis, idea pun bernas sikit. Yang kata rokok haram itu, teruskan perjuangan sebab aku pun tak lama lagi nak berhenti dah. Doa-doakanlah. Dan malam masih muda, esok kelas pun petang. Jadi, tiada masalah untuk aku tidur selepas subuh.

Baik, aku sekarang ni dalam pra dewasa. Dan bila kau nak masuk ke alam dewasa, aku telah merancana beberapa idea untuk aku gunakan bila aku nak menghadapi alam dewasa nanti. Dan nasib baik aku sedar benda ni seawal sekarang. Bagi aku, bila kau nak melunaskan satu idea, aku akan create soalan untuk aku jawab. Antara soalan yang aku create untuk aku adalah:

1. Corp, lu nak buat apa lepas habis belajar?
2. Lu nak kahwin umur berapa?
3. Lu nak kerja apa?

Dan soalan terakhir ini yang paling penting pada aku buat masa ini. Soalannya berbunyi 'Lu nak makan gaji ke? Nak buat bisnes?' Apa jawapan aku? Takkan aku nak bagitahu. Karang apah tak jadi. Kome dahla orang Melayu, orang Melayu bukan boleh tengok orang lebih sikit. Fakof la luu.

Dua-dua benda ini mempunyai pro dan kontradik masing-masing. Biar saya cerita par satu. Kalau makan gaji, dia senang sikitlah. Tiap-tiap bulan dapat gaji dan lepas tiga tahun kerja kome boleh buat loan bank. Nak bayar pun senang, potong jela gaji. Pencen ade. Nak naik gaji kene naik pangkat. Dah naik pangkat semua boleh naik. Nak naikkan harga minyak pun boleh, Tak ada masalah.  Tapi itulah, bila makan gaji hang secara automatik jadi kuli. Bukanlah sampai tahap hamba abdi, tapi kulilah. Masuk kena on time, Kena punch card - keluar pagi - hadap jem - balik malam - hadap jem - sampai rumah, hadap anak pulak - nak hadap bini pun tak larat, dedor je. Lepas itu ulanglah sampai pencen. Itupun kalau dan la pencen.

Jadi, pilihan aku, aku nak kerja dengan kerajaan jelah. Aku nak balas jasa baik kerajaan yang telah memerdekakan kita selama setengah abad ni. Terima kasih kerajaan. Tanpa kome, siapalah kami. Nak naikkan minyak ke, gula ke, garam ke, tak apa. Kami rakyat senantiasa dibelakangmu. Kalau kami tak ada duit nak makan, jangan risau, masih banyak daun-daun dengan rumput. Kami boleh rebus cicah ayaq asam.

Cukup Malang.















Wednesday 1 October 2014

Jiwa Rencam.

Sebelum aku berangkat ke kelas, tak salah rasanya aku menambah satu lagi entri sakai pada blog yang akan aku institusikan satu hari nanti. Aku tahu, angan-angan aku ini seperti impossible untuk aku mencapainya. Tapi aku yakin, cita-cita jalanan aku akan menjadi panduan bagi budak-budak jalanan untuk mencapai cita-cita jalanan mereka pula. Tambahan pula, perangai aku yang sejak kebelakangan ini semakin memudarkan cita-cita aku ini. Membaca memang jarang, solat lambat, dan macam-macam lagi kerja bodoh yang aku buat. Yang ada pada kau cuma keyakinan yang melangit.

Dulu, berbulan lepas, buku memang tak lekang dengan tanganku. Macam-macam buku aku baca, termasuklah buku Ustaz Kazim. Buku ni walaupun aksaranya diam, senyap, mati. Namun, dia hidup apabila dihidupkan oleh manusia yang hidup akalnya untuk memahami makna di sebalik aksaranya.
Dan kini, buku aku mati kesemuanya, kerana aku. Aku yang tidak menghidupkan mereka. Dan aku, mati tanpa penghidupan mereka.

Aku cuba menghidupkan kembali buku-buku lama. Pepatah kata tutup buku lama, buka buku baru. Aku nak bukak buku baru macam mana kalau minyak pun tiba-tiba naik. Kalau minyak dah naik, barang semua dah mahal, aku harap macai BN janganlah jadi anjing. Melawanlah sikit. Menyokong tu janganlah sampai taksub sangat. Iya memang aku sokong PR. Tapi, kalau Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Haji Hadi buat taik, aku maki deme. Aku maki semahu-mahunya. Dah melalut kemana aku ni. Gampang!

Kutarik nafas beberapa hela. 'mana rokok?'  aku bermonolog. Habis semua tempat aku cari, tapi sayang tidak kutemui. Aku mencarut panjang. Tiba-tiba datang, sahabat yang aku sayang. Lalu aku pinta 'meh rokok sebatanggggg'. Lalu dia membalas, 'butuh pak hang!'. Aku tersengih sambil berkata, 'cukup malanggg'.